Posts

Showing posts with the label ATM

Pengaktifan Secure2u, boleh dibuat di mesin ATM mulai 31 Oktober ini

Image
Pengaktifan Secure2u, boleh dibuat di mesin ATM mulai 31 Oktober ini BACA seterusnya: https://pakdin.my/168979/ PELANGGAN yang mendaftar Secure2u buat kali pertama atau pada peranti lain atau baharu, boleh mengaktifkannya dengan selamat dan mudah melalui mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) Maybank, bermula 31 Oktober 2023. Melalui kenyataan, Maybank memaklumkan langkah tambahan itu bertujuan untuk mengurangkan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan. Penggunaan pengaktifan Secure2u melalui ATM membolehkan pelanggan mengawal proses pengesahan perbankan dalam talian mereka dengan lebih baik dengan pengesahan identiti secara fizikal di ATM. Untuk mendaftar Secure2u, pelanggan hanya perlu mengikuti dua langkah mudah. "Pertama, daftar Secure2u dalam aplikasi MAE dan kedua, aktifkan Secure2u dengan nombor PIN kad debit, kredit, atau caj mereka di mana-mana daripada 3,000 ATM Maybank di seluruh negara, mengikut keselesaan pelanggan," kata kenyataan itu. Selepas pengakti

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Image
[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976 KUALA LUMPUR -- Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini menerima 50 unit ambulans bagi memperkasakan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali gus mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan anggota tentera. Aset-aset yang akan ditempatkan di kem-kem ATM dan hospital-hospital ATM di seluruh negara antaranya Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju, Kem Terendak di Melaka dan Gemas di Negeri Sembilan itu diterima oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. “Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. Saya berharap agar ambulans-ambulans ATM berkenaan dapat digunakan oleh pihak luar yang memerlukan rawatan perubatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Ambulans Domestik Perkhidmatan ATM di Pad

[VIDEO] Dua tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Hutan Belum

Image
[VIDEO] Dua tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Hutan Belum Selanjutnya di: https://pakdin.my/159548 Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menyertai operasi di kawasan Hutan Belum. Yang terkorban, Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31- meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan dari kawasan operasi itu menggunakan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia. Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini, awal pagi semalam. Kejadian pada pukul 1 pagi itu mengorbankan Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, yang meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 11.50 pagi membabitkan dua anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Ara, Pulau Pinang. Katanya, kejadian berlak

[Video] Gajah ceroboh Kem Sri Banding untuk mendapatkan makanan, berulang

Image
[Video] Gajah ceroboh Kem Sri Banding untuk mendapatkan makanan, berulang [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154839 ] IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan menerima laporan mengenai insiden pencerobohan gajah di Kem Sri Banding, Gerik, baru-baru ini, seperti ditularkan menerusi rakaman video. Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata gajah itu dilihat menceroboh gudang simpanan rangsum tentera di kem berkenaan. Tanpa menerangkan insiden secara terperinci, beliau berkata, gangguan gajah di kem terbabit kerap berlaku, terutama apabila dipercayai berlaku kerosakan pada pagar elektrik atau pagar tidak diselenggara dengan baik. "Ada (terima laporan baru-baru ini) dan ini kejadian berulang yang mana situasi sama kerap berlaku di situ. Cuma kali ini ada pula yang rakam dan viralkan. "Punca gajah itu masuk, mungkin kerana masalah pagar elektrik di kem berkenaan yang rosak atau tidak diselenggarakan dengan baik. "Pejabat PERH