Piala Asia: Harimau Malaya 0 Jordan 4 - ‘mimpi ngeri’ di Qatar


Piala Asia: Harimau Malaya 0 Jordan 4 - ‘mimpi ngeri’ di Qatar

https://pakdin.my/175020/

Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan hambar apabila tewas 0-4 kepada jaguh Asia Barat, Jordan pada aksi pertama Kumpulan E sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, pasukan kebangsaan kendalian Kim Pan-gon membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Darren Lok dan Romel Morales.

Namun, Malaysia yang menguasai permainan pada awal saingan gagal mengekang serangan balas pantas yang dilakukan oleh pasukan lawan dikedudukan ranking ke-87 dunia itu.

Jordan meraih gol pertama hasil ledakan cantik bekas penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al Mardi pada minit ke-12.

Pasukan lawan terus mengasak dan berjaya meledak gol kedua menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh penyerang yang berpangkalan di Ligue 1, Mousa Al Tamari berselang lima minit kemudian.

Nasib Malasyia bertambah parah apabila Al Mardi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan negara apabila meledak gol kedua peribadi pada minit ke-37.

Bersambung pada separuh masa kedua, Malaysia cuba mencari gol untuk merapatkan kedudukan dengan aksi antara kedua-dua pasukan agak seimbang.

Namun, kelekaan pada penghujung perlawanan menyaksikan Malaysia dibolosi buat kali terakhir dengan Al Tamari menjaringkan gol kedua daripada luar kotak penalti dengan kedudukan 4-0 kekal sehingga wisel penamat.

Skuad Malaysia dijadualkan bertemu Bahrain manakala Jordan pula akan menentang Korea Selatan pada aksi kedua Kumpulan E, Sabtu ini.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL