[Video] Suspek samun penyampai berita direman 7 hari
[Video] Suspek samun penyampai berita direman 7 hari Selanjutnya: https://pakdin.my/158380/ Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita televisyen di Damansara Perdana di sini pada Khamis. Polis telah membawa lelaki berusia 31 tahun ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11.30 pagi Sabtu untuk memohon perintah tahanan reman. Majistret Syafiq Affandi Hasan menerima permohonan perintah reman dan membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Adik perempuan suspek berusia 24 tahun telah diberi jamin polis. Pada Jumaat, media melaporkan dua beradik itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita di Damansara Perdana. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang di Puncak Alam. Semakan mendapati lelaki be