Posts

Showing posts with the label Pasir Gudang

[VIDEO] Bahan kimia bocor, pasukan keselamatan pantau lokasi terdedah pencemaran

Image
[VIDEO] Bahan kimia bocor, pasukan keselamatan pantau lokasi terdedah pencemaran  BACA seterusnya di: pakdin.my/167003 - PASIR GUDANG  - Kebocoran bahan kimia sebuah kilang di Pasir Gudang petang semalam menyebabkan beberapa lokasi berhampiran terdedah kepada pencemaran. Insiden kini dipantau pasukan HAZMAT Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dibantu anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dan Melaka selain PDRM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad memaklumkan, berlaku pencemaran bau disebabkan kebocoran pada injap saluran bahan kimia kilang tersebut. Pasukan HAZMAT ditugaskan menutup semula injap berkenaan dan melaksanakan kerja penyejukan tangki bahan kimia tersebut. Setakat tengah hari tadi, bacaan kualiti udara yang direkodkan JAS adalah normal. Jabatan Kesihatan juga tidak menerima sebarang kes berkaitan kejadian itu namun mengingatkan penduduk agar...

[Video] Rangka dalam kereta tenggelam sungai dipercayai Muhammad Iman Aqmar yang hilang 10 bulan lalu

Image
[Video] Rangka dalam kereta tenggelam sungai dipercayai Muhammad Iman Aqmar yang hilang 10 bulan lalu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159664/ Mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas Kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan, selain pemeriksaan di dalamnya menemukan mayat diselaputi lumpur Siasatan awal terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan dibuat di Pasir Gudang 30 Oktober tahun lalu, seorang wanita, Asmawati Kadir, 55, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya, Muhammad Iman Aqmar Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lalu. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas ketika di...

[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari

Image
[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari.    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158426      JOHOR BAHRU – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang ditahan polis kerana cubaan menculik seorang kanak-kanak semalam dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nurkhalida Farhana Abu Bakar bermula 12 hingga 15 Mei ini. Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap sambil diiringi polis tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada pukul 9.13 pagi. Semalam (11 Mei 2022), Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, lelaki OKU berusia 20-an itu ditahan orang awam di sebuah restoran makanan segera di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, semalam. Menurut beliau, suspek yang merupakan pemegang kad OKU pesakit mental itu turut positif dadah jenis methaphetamine melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan. “Murid lelaki berusia 7 tahun itu diculik...

#PRNJohor : Remaja perempuan patah tangan akibat bendera parti terlilit leher

Image
#PRNJohor : Remaja perempuan patah tangan akibat bendera parti terlilit leher Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155933 - PASIR GUDANG: Malang tidak berbau. Begitulah nasib seorang remaja perempuan berusia 17 tahun apabila patah pergelangan kedua tangan dan luka di leher selepas terjatuh dari motosikal akibat bendera parti sepanjang 30 meter di pasang di tepi jalan terlilit di lehernya. Bapa mangsa, Md Shahril Mahmood, 43, berkata, kejadian berlaku pada jam 5.30 petang pada 2 Mac lalu di Kampung Cahaya Baru, di sini. Katanya, ketika kejadian, anak sulung yang dikenali sebagai Najlaa, 17, dalam perjalanan pulang dari kedai ke kediaman keluarga terletak di Taman Kota Masai. Dia berkata, ketika menggunakan laluan di perkampungan itu, bendera panjang yang dipasang di tepi laluan terlilit leher anaknya hingga mengakibatkan dia terjatuh daripada motosikal. "Anak ketika itu menunggang motosikal berseorangan dan bendera parti dipasang di antara dua pokok terkena muka serta terlilit leher...