Posts

Showing posts with the label Tangguh

#PRNJohor tidak boleh ditangguhkan, kata PM

Image
#PRNJohor tidak boleh ditangguhkan, kata PM [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154597 ] Pilihan raya negeri (PRN) Johor tidak boleh lagi ditangguhkan kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau, jika ditangguhkan, ia disifatkan mustahil untuk dilakukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh penting seperti penamaan calon dan pembuangan undi untuk PRN berkenaan. Katanya, penangguhan PRN Johor hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengumumkan darurat dan sudah tentu pihaknya tidak akan berbuat demikian. “Ia tidak boleh (tangguh PRN Johor). Hanya ada satu cara yang boleh tangguhkan PRN iaitu dengan mengadakan darurat, itu sahaja kaedahnya. “Apabila DUN sudah dibubarkan, butiran pilihan raya sudah diumumkan termasuk tarikh dan sebagainya, ia memang tidak boleh ditangguhkan. Kalau nak ditangguhkan hanya dengan mengumumkan darurat di seluruh Johor. “Kalau kita buat darurat, tak akan Johor sahaja darurat,