Posts

Showing posts with the label Gambar Bogel

Ibu tunggal diperdaya ‘bomoh’ serah video, gambar tanpa seurat benang

Image
ROMPIN – Gara-gara percaya terkena ‘buatan orang’ seorang ibu tunggal bukan sahaja mengalami kerugian sebanyak RM103,000 malah turut menyerahkan videonya melakukan hubungan seks, beronani dan gambar bogel serta air mani kepada suspek bagi melakukan rawatan mistik. Mangsa berumur 51 tahun yang berasal dari Terengganu dan bekerja sendiri sebagai tukang jahit telah menjual empat utas gelang tangan emas bernilai RM71,350 untuk diserahkan kepada suspek bersama seutas rantai emas bagi tujuan perubatan. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian bermula 1 September lalu selepas mangsa yang mempunyai tiga anak berkenalan dengan seorang lelaki di Aplikasi Omi dan telah berhubung melalui Telegram. “Lelaki tersebut mengatakan mangsa telah terkena buatan orang dan akan membantu merawat pengadu serta meminta mangsa untuk menggenggam sebiji telur dan garam. “Barang tersebut perlu diletakkan dalam bilik dan mangsa berasa seperti telah dipukau serta telah menu...

Lelaki ditahan cabul, ugut sebar video teman wanita

Image
  Lelaki ditahan cabul, ugut sebar video teman wanita [Sumber: https://pakdin.my/?p=154766 ] KLANG - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencabul dan mengugut untuk menyebarkan video lucah teman wanitanya yang dikenali menerusi Instagram. Suspek berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.40 malam di Jalan Kapar, Klang pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 16 tahun itu berkenalan dengan suspek ketika berada di rumah neneknya di Klang pada Mei 2021. Menurutnya, mangsa mula menjalinkan hubungan sehingga 9 Februari lalu dan sepanjang tempoh itu mangsa telah dipaksa membuat panggilan video dalam keadaan berbogel. "Mangsa juga mendakwa suspek sering menyentuh badannya setiap kali bertemu. "Tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa mahu memutuskan hubungan mereka, namun dihalang oleh suspek dengan mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah mangsa," katanya. Katanya, su...