Posts

Showing posts with the label eMadani

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Image
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan BACA di: https://pakdin.my/174044/ Sebanyak 6.5 juta jumlah permohonan eMADANI diluluskan setakat ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia membabitkan agihan dana berjumlah RM650 juta daripada RM1 bilion peruntukan keseluruhan. "Jumlah pendaftaran yang masih dalam proses 1.8 juta permohonan yang mengambil masa perjanjian kita dalam laman sesawang, satu ke lima hari dan saya ingin menyatakan, kepada mereka yang menghadapi masalah, rasakan diri mereka layak tetapi tak dapat, boleh menghubungi untuk merayu di talian hotline 8882 4565. Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan eMADANI, di sini, Ahmad berkata sebagai alternatif, pemohon yang layak namun tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan menerusi emel emadani@treasury.gov.my. Sementara itu, Ahmad berkata penggunaan kredit eMADANI hanya dibenarkan untuk transaksi secara fizikal. Beliau berkata, ia bertujuan menyokong usahawan mikro, ke...

Cara penebusan kredit e-Wallet RM100 mulai 4 Disember -

Image
Cara penebusan kredit e-Wallet RM100 mulai 4 Disember -  BACA seterusnya di https://pakdin.my/173879 Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023. Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna. PENGENALAN eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian. SYARAT KELAYAKAN KREDIT e-WALLET RM100 eMADANI Syarat kelayakan adalah seperti berikut: Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas...

Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depane-kredit, eMadani,B40, M40.

Image
Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depan BACA seterusnya di https://pakdin.my/173874 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendaftaran bagi tuntutan e-kredit RM100 secara sekali bayar menerusi program eMADANI akan dibuka mulai Isnin ini. Anwar berkata, permohonan untuk membuat tuntutan itu akan dibuka sehingga 20 Februari depan dan ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion. “Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya di Dewan Negara hari ini. Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024. Terdahulu bantuan e-kredit RM100 itu akan diberikan kepada rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40. Ia diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Eko...