Posts

Showing posts with the label Liga Malaysia

JDT sambar khidmat bekas pemain Portugal B-21

Image
JDT sambar khidmat bekas pemain Portugal B-21 https://pakdin.my/174950/ Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat terus untuk berbelanja ‘besar’ apabila mengesahkan kehadiran pemain import kelahiran Portugal, Francisco Geraldes sebentar tadi. Pengumuman tersebut dibuat oleh skuad Harimau Selatan menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers. Menurut laman bola sepak terkemuka, Transfrmarket, nilai pasaran semasa Geraldes adalah sebanyak €2.5 juta (RM12.7 juta) sekali gus menjadikan pemain berusia 29 tahun itu antara yang termahal dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) ketika ini. Bekas pemain skuad Portugal B-21 yang dilihat seiras pemain Manchester City, Bernardo Silva ini telah diberikan jersi No. 10 pada kempen musim baharu nanti. Geraldes sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab terkemua Liga Portugal seperti Sporting Lisbon dan Rio Ave dengan kali terakhir bergelar pemain import di Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama pasukan Baniyas. JDT sebe