Posts

Showing posts with the label Ketum

Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali

Image
Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali BACA seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767399 KEJAYAAN TANGKAPAN (1) LELAKI WARGA TEMPATAN TERLIBAT DALAM KES KETUM HULU SELANGOR, Pada jam lebih kurang 1800 hrs 08.12.2023, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Hulu Selangor telah berjaya menahan dan menangkap (1) lelaki warga tempatan di kawasan Batang Kali, Hulu Selangor.  Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan telah menjumpai dan merampas (1) botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum. Berikutan kejayaan ini, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Sek.30(3) AR 1952.  Ketua Polis Daerah Hulu Selangor memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah, Balai-balai berdekatan atau FB messenger Polis Dearah Hulu Selangor. PDRM Hulu Selangor a

[Video] Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM minggu depan

Image
[Video] Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM minggu depan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157466 - Memorandum berhubung cadangan penggunaan ketum, hemp dan kanabis untuk dijadikan produk tanaman komoditi negara termasuk penggunaannya dalam perubatan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu depan, kata Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin. Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, hasil dapatan kajian diperoleh menerusi forum dianjurkan tahun lalu itu akan turut diserahkan kepada Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri. “Tindakan segera untuk memperoleh kebenaran mengeksport bahan itu ke luar negara perlu bagi mengelak Malaysia ketinggalan dalam mempatenkan bahan itu. Sekarang, agensi dadah antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS) dan Jerman dalam proses untuk mempatenkan ketum, kalau lambat dapat kebenaran, maka kita akan rugi. “Kalau lambat patenkan kita yang tanam ketum ini terpaksa mengeluar

Seludup Daun Ketum Guna Lori Simen, 2 Lelaki Ditahan

Image
PASIR MAS - Cubaan dua lelaki untuk menyeludup daun ketum menggunakan lori tangki simen kandas di tengah jalan, apabila mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Chekok, Tok Uban hari ini. Pemandu dan kelindannya yang berumur 35 dan 46 tahun itu ditahan pada jam 2.30 pagi tadi. Susulan penahanan, polis turut merampas 5,560 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM200,000 yang diletakkan di dalam tangki lori jenis Volvo itu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mengangkut daun ketum dengan menggunakan lori tangki simen adalah modus operandi terbaru penyeludup. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114302/