Posts

Showing posts with the label Razlan Rafii

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa

Image
Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159398    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). “Hari ini terbukti sudah kamu melepaskan Muhyiddin daripada didakwa kerana beliau adalah sekutu kamu, bukan keadilan yang dicari, tapi dendam yang menjadi keutamaan (terhadap Umno),” katanya dalam kenyataan. Razlan berkata, Muhyiddin sepatutnya menghadapi tuduhan sama seperti Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, atau sekurang-kurangnya menjawab dakwaan itu di mahkamah. Katanya, Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu, akan tahu Muhyiddin menerima wang daripada UKSB dan bekas peguam negara, Tommy Thomas juga akan tahu bukti kes itu serta mengetahui siapa terbabit. “Hari ini, Zahid terpaksa membuktikan diri beliau di mahkamah, terpaksa berhadapan dengan cercaan masyarakat, tap

#PRNJohor: PPBM bakal terkubur

Image
#PRNJohor: PPBM bakal terkubur [Sumber: https://pakdin.my/?p=153709 ] Pilihanraya (PRN) Negeri Johor langsung tiada kaitan dengan Mahkamah, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Razlan Rafii menjawab dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful. Razlan menjelaskan bahawa Dewan Undangan Negeri Johor menjadi tidak stabil oleh kerana majoriti tipis selepas pemergian ADUN Kempas Dato Osman Sapian. “Yang terjadi adalah pemergian bekas Menteri Besar ke Ramahtullah dan telah menyebabkan mejoriti amat tipis didalam Kerajaan Johor, “Pelabur tidak mahu masuk melabur, keadaan DUN ibarat telur di hujung tanduk dan pelbagai isu berbangkit berkenaan dasar Kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Tambah Razlan, Wan Saiful membuat dakwaan sedemikian kerana sudah hilang modal dan sedar parti beliau akan menerima nasib yang sama seperti di PRN Melaka. Jelasnya lagi, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan campur tangan isu Hakim juga merupakan perkara ya