Posts

Showing posts with the label Brunei

Patah hati dalam gembira lihat foto Prince Mateen dengan Dayang Anisha

Image
Patah hati dalam gembira lihat foto Prince Mateen dengan Dayang Anisha https://pakdin.my/174735/ Perkongsian terbaharu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah di akaun Instagramnya hari ini membuatkan ramai peminat wanita patah hati. Dalam hantaran itu, Putera Mateen berkongsi sekeping foto bersama bakal isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam berserta ucapan pendek di ruangan kapsyen sempena Tahun Baharu 2024. Menurut laporan media sebelum ini, Putera Mateen bakal bernikah bersama gadis pilihan hatinya dalam satu majlis perkahwinan diraja bermula pada 7 Januari hingga 16 Januari ini. Istiadat Perkahwinan itu bakal berlangsung selama lapan hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari diikuti Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada keesokan harinya. Meninjau ke ruangan komen, ramai wanita menyifatkan penyatuan dua hati tersebut sebagai peristiwa paling menyedihkan pada 2023. “Anak-anakku, inilah bakal ayahmu yang tidak boleh aku kecapi,” kata Irma. “Se...

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei - Zambry

Image
[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei - Zambry BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 Wisma Putra akan membincangkan mengenai pendirian Malaysia dan Brunei terhadap isu Islamofobia yang berlaku di Stockholm, Sweden pada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei, yang dijadualkan bermula esok. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga selaku menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof. “Oleh kerana hal ini menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, tentunya ia akan mencetuskan keprihatinan Malaysia-Brunei. “Jadi saya akan bincang dengan rakan sejawat saya pada sesi lawatan rasmi ini,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Pada Sabtu lepas, Rasmus Paludan yang merupakan pemimpin parti pelampau kanan Denmark “Stram Kurs”, diberikan k...