Posts

Showing posts with the label Tajuddin Rahman

Rayuan Tajuddin ditolak, penggantungan berkuatkuasa semalam

Image
Rayuan Tajuddin ditolak, penggantungan berkuatkuasa BACA seterusnya di https://pakdin.my/161560/ Rayuan bekas ketua Umno bahagian Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berhubung tindakan penggantungan keahliannya sebelum ini ditolak Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ketua Penerangan Umno Isham Jalil, berkata permohonan Tajuddin itu bersandarkan kepada keputusan Lembaga Disiplin parti sebelum ini. “Rayuan daripada Tajuddin hari tu dia digantung, rayuan dia telah ditolak. Penggantungannya dikuatkuasakan semalam 5 Januari 2023. “Alasan-alasan disiplin (kerana penggantungan) seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Umno,” kata nya yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di Menara Dato’ Onn hari ini. Sebelum ini, keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun pada Oktober tahun lalu namun beliau memperlekehkan keputusan itu dengan mendakwa ia bukan “hukuman mat Keputusan tersebut dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ah

Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam

Image
Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155723 - Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini disiasat atas dakwaan salah guna kuasa, “belum terselamat” walaupun kes dihadapinya diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA), kata peguam. Salam Bashir berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap bekas pengerusi Prasarana itu, sekiranya menemui bukti baharu. “Bagaimanapun, terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada akan merangka pertuduhan di mahkamah walaupun ada bukti ydalam kes berkenaan,” katanya kepada FMT. Respons Salim itu dibuat susulan jawapan balas kepada Teo Nie Ching (PH-Kulai) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan SPRM tidak menemui elemen salah guna kuasa terhadap Tajuddin. Salim berkata, tiada garis masa ditetapkan dalam memfailkan pertuduhan terhadap te

Tajuddin bidas Timbalan Presiden Umno ‘tekan’ PM adakan PRU15

Image
Tajuddin bidas Timbalan Presiden Umno ‘tekan’ PM adakan PRU15 Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155615 -  Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) membidas “kata dua” Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang mendesak PRU diadakan secepat mungkin. Menurut Tajuddin, Mohamad memberikan kata dua kepada Ismail agar meletak jawatan sekiranya gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong membuka laluan kepada PRU15, sedangkan kerjasama parti politik sedia ada membolehkan kerajaan Keluarga Malaysia yang stabil. “Apa punya kenyataan ini? Kenyataan ini seolah-olah menekan Perdana Menteri. Saya merasa kesal kerana ia datang daripada salah seorang pemimpin besar parti saya sendiri,” katanya pada perbahasan di Dewan Rakyat. Katanya, kenyataan yang dibuat begitu “menjejaskan” dan “menggugat” kestabilan kerajaan. “Kalau kita tekan Perdana Menteri macam mana lah kerajaan nak terus berusaha dengan pelbagai inisiatif dan usaha untuk kepentingan