Posts

Showing posts with the label TFC

Piala AFC: TFC menewaskan Bali United 2-0

Image
Piala AFC: TFC menewaskan Bali United 2-0 Terengganu FC (TFC) menamatkan saingan dalam Piala AFC dengan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Bali United 2-0  pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi Tuan rumah yang memburu kemenangan tujuh gol untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir Zon mula mencemaskan kubu Bali United melalui tandukan Habib Haroon yang terkena palang minit ke-20. Rentak lebih agresif ditampilkan naib juara Piala Malaysia itu apabila rembatan Sony Norde (m-37) dan Ivan Mamut pada minit ke-38 ditepis keluar penjaga gol untuk sepakan penjuru. Habib yang mengambil sepakan sudut itu membuat hantaran pendek kepada Norde lalu melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk gol pendahuluan Sang Penyu. Bersambung babak kedua, pintu gol TFC nyaris dikejutkan Bali United mujur gerakan Ilija Spasojevic (m-57) dan Jean Mbarga (m-60) diselamatkan penjaga gol, Syed Nasrulhaq Syed Bidin. Hasrat TFC menggandakan

Piala Malaysia: JDT unggul tewaskan TFC 3-1

Image
Piala Malaysia: JDT unggul tewaskan TFC 3-1 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174095 Harapan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah terulung bola sepak negara menjadi kenyataan apabila menjulang trofi Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Harimau Selatan selaku juara bertahan membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain seperti Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri mengetuai jentera serangan. Sementara itu, TFC seperti dijangka mempertaruhkan penyerang import sensasi, Ivan Mamut yang bergandingan dengan Sony Norde dan Habib Haroon. Namun, skuad Sang Penyu dikejutkan apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT seawal minit keenam selepas Forestieri dijatuhkan. Kesempatan tersebut digunakan oleh Bergson untuk meledak gol pertama dengan memperdaya penjaga gol TFC, Suhaimi Husin. Gol tersebut nyata menaikkan semangat TFC untuk m