Posts

Showing posts with the label Banjir Kilat

[VIDEO] Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air

Image
PUTRAJAYA – Hujan lebat sejak dalam tempoh beberapa jam menyebabkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 mengalami banjir kilat petang 8 Disember 2024. Ekoran hujan berkenaan juga terdapat beberapa kenderaan ditenggelami air. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.50 petang susulan hujan lebat. Jelasnya, situasi berkenaan berada dalam keadaan terkawal dan air banjir dilaporkan telah surut. “Penduduk dinasihatkan agar memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya, hari ini.

🎦 Seorang mangsa banjir kilat dan runtuhan batu Humbahas ditemui terapung di Danau Toba, 13 masih hilang

Image
🎦 Seorang mangsa banjir kilat dan runtuhan batu Humbahas ditemui terapung di Danau Toba, 13 masih hilang BACA di: https://pakdin.my/173947 HUMBAHAS, SUMUT – Satu dari 14 orang yang dinyatakan hilang akibat bencana banjir kilat dan longsor batu di Desa Simangulampe, Kecamatan Baktiraja, Kabupaten Humbahas, Provinsi Sumatera Utara ditemukan meninggal dunia, Sabtu (2/12/2023) sekitar jam 11.06 WIB di perairan Danau Toba. “Ya, satu mayat sudah ditemui, seorang perempuan, bernama Dian Adelina Lubis. “Mangsa ini ditemui di perairan Danau Toba di sekitar Kampung Simangulampe,” kata Penghulu Baktiraja Sanggam Lumbangaol. Beliau berkata, mayat ini ditemui penduduk ketika melakukan pencarian di Danau Toba, selain pencarian di timbunan batu yang runtuh dari lereng bukit Kampung Simangulampe. “Sehingga kini, pemerintah Humbahas, Tentera, Polis dan penduduk bersama-sama mencari mangsa yang masih belum ditemui,” kata Sanggam. Sehingga kini, pencarian masih dilakukan terhadap penduduk yang masih bel...

[VIDEO] Sistem pam tak berfungsi punca banjir kilat di Shah Alam

Image
[VIDEO] Sistem pam tak berfungsi punca banjir kilat di Shah Alam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166707 SHAH ALAM – Sistem pam air tidak berfungsi punca banjir kilat di sekitar Seksyen 13 di sini hari ini. Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, hasil pemantauan mendapati banjir kilat tersebut adalah sedalam 0.3 meter. Katanya, bagaimanapun tiada pemindahan dilakukan sepanjang banjir kilat tersebut. “Banjir kilat itu susulan hujan lebat dan sistem pam tidak berfungsi. Bagaimanapun, air mulai surut selepas pam diperbaiki oleh Majlis Bandaraya Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, enam lokasi sekitar Seksyen 13 dilanda banjir kilat sejak pukul 4 petang 16 Ogos 2023. Ini meliputi jalan Persiaran Sukan Seksyen 13, laluan bulatan Stadium menghala bangunan Accapela dan sekitar jalan Surau Munawwarah. Turut terjejas adalah laluan di lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Jalan MSU lama dan Pangsapuri Perdana.

[VIDEO] Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam

Image
[VIDEO] Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161189 Banjir kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Berdasarkan notis PRABN yang dikeluarkan 7 pagi ini, kawasan terlibat di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau). Di Pahang, tiga daerah terlibat iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar). Sementara itu, di Perak dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor membabitkan Klang. Bagi Terengganu pula, kawa...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Image
[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161121/ Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) melaporkan, keadaan lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut. “Kawasan yang terlibat adalah di Jalan Klang Lama, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sg Besi dan Jalan Tun Razak. “Seterusnya, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Mahameru dan juga Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2),” kata KLCCC. https://youtu.be/b0GJBjniqqg

Banjir kilat di Kerling

Image
Banjir kilat di Kerling Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158453 HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air.  Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan anggota bomba selepas kediaman mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

[Video] Dua kampung di Janda Baik dilanda banjir

Image
[Video] Dua kampung di Janda Baik dilanda banjir  Selanjutnya di: https://pakdin.my/158415   BENTONG - Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat di Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh dekat Janda Baik di sini pada Rabu 11 Mei 2022. Kejadian melibatkan 12 buah keluarga di Kampung Sum Sum dan 30 lagi keluarga di Kampung Chemperoh. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.27 pagi. Menurutnya, seramai dua pegawai dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dan dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik bergegas ke lokasi kejadian. "Pasukan bomba telah menjalankan operasi penyelamatan melibatkan tiga keluarga di Kampung Sum Sum namun alami kesukaran kerana ada pokok tumbang menghalang ke lokasi kejadian menyebabkan dua unit gergasi rantai digunakan memotong pokok terbabit. "Operasi penyela...

Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat

Image
Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157228 - SHAH ALAM - Jalan Puncak Alam menghala ke Taman Subang berdekatan Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat berikutan hujan, pada Rabu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang. Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik digerakkan ke lokasi kejadian. "Paras air dilaporkan naik setinggi 0.30 meter di jalan terbabit, namun ia tidak membabitkan mangsa dan kenderaan. "Keadaan banjir kilat di kawasan itu (pada masa ini) semakin surut," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

[Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat

Image
[Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat [Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155957 - TANJUNG MALIM: Hujan yang turun lebat tanpa henti sejak petang tadi hingga lewat petang menyebabkan kira-kira 10 rumah dilanda banjir kilat di Taman Bernam Perdana, dekat sini. Kejadian banjir kilat dipercayai berpunca daripada aliran air dari kawasan bukit menyebabkan longkang di kawasan perumahan tidak dapat menampung isi padu air lalu melimpah masuk ke dalam rumah penduduk. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Bernam Perdana, Mohd Izwan Shahril, 39, berkata sejak tahun 2020 sudah tujuh kali kawasan perumahan ini dilanda banjir kilat. Katanya, penduduk sebelum ini sudah memaklumkan kepada pihak pemaju mengenai masalah yang dihadapi penduduk dan tindakan sudah diambil, namun masih tidak dapat menyelesaikan kejadian banjir kilat. "Longkang sedia ada mesti diperbesarkan kerana longkang berkenaan tidak...

[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat

Image
[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155942 - Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial. Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air. Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi. Selain itu, air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, Jalan India turut dinaiki air, malah jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air. Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah. Di Selangor pula, di Dianggarkan lebih 50 rum...