Posts

Showing posts with the label Sungai Selangor

LUAS kesan air keruh, punca aliran dari kepala air Sungai Kerling

Image
LUAS kesan air keruh, punca aliran dari kepala air Sungai Kerling BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166643 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan aliran air keruh disyaki berpunca daripada kepala air hakisan tanah di hulu alur Sungai Kerling, Selangor semalam. Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan penemuan aliran keruh yang tinggi sehingga 6,000 unit kekeruhan nephelometric (NTU) di Sungai Selangor bermula jam 10.30 pagi. Susulan pengesanan itu, LUAS telah bergegas ke lokasi untuk siasatan di sepanjang Sungai Selangor. “Hasil pemerhatian, penemuan awal LUAS mendapati terdapat kesan berlakunya aliran kepala air yang berkemungkinan dari hakisan tanah di hulu kawasan alur Sungai Kerling di dalam kawasan Hutan Simpan Gading pada jarak 37.4 km daripada lokasi penemuan kekeruhan. “Pensampelan pihak LUAS di lokasi alur Sungai Kerling semasa siasatan adalah 357 NTU dan siasatan lanjut diteruskan ke hulu sungai berkaitan bagi m...

Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor

Image
Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor BACA seterusnya: https://pakdin.my/166389 HULU SELANGOR: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini semalam dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia tujuh tahun itu jam 7.45 malam semalam (5/7/2023). "Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya. "Bagaimanapun, dia kemudian dibawa arus deras ketika itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ahmad Faizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai agensi penyelamat diaktifkan untuk mengesan mangsa. "Operasi pada hari pertama dihentikan jam 11.45 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap dan arus sungai yang tidak menentu. "SAR disambung semula jam 9.25 pagi tadi," katanya. Semalam, media melaporkan Ahm...