Posts

Showing posts from January, 2023

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Image
[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh SEMPORNA: Tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, runtuh dalam kejadian pagi tadi. Rakaman video memaparkan murid yang lengkap berpakaian sekolah sedang terjatuh ke dalam laut turut tular di media sosial. Beberapa guru yang turut berada di jeti berkenaan kemudian dilihat mengambil tindakan pantas dengan terjun bagi menyelamatkan murid terbabit. Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. Katanya, kejadian itu berlaku pagi tadi membabitkan murid dan penduduk kampung. "Guru yang turut berada di kawasan itu ketika kejadian berkenaan berlaku kemudian terjun menyelamatkan murid mereka. Alhamdulillah, semua murid dan guru selamat," katanya ketika ditemui Bangunan UMNO

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Image
Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1 Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arrêt) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata pada 24 Jan lepas, Mahkamah Daerah Luxembourg telah mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lepas (2022). Beliau berkata perintah sekatan itu dibuat berasaskan kononnya Keputusan Muktamad (Final Award) dan Keputusan Awal (Preliminary Award) yang didakwa dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gondoza Stampa, masing-masing pada 28 Feb dan 25 Mei tahun lepas serta Perintah Exequatur secara ex parte pada 18 Mei 2022, yang mengiktiraf keputusan di Luxembourg. Dr Stampa dilapo

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Image
[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1 Pengeboman bunuh diri di sebuah masjid yang sesak di Peshawar Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 40 orang pada hari Isnin 30 Januari 2023, serangan menyasarkan polis di bandar barat laut ini di mana militan Islam masih aktif. Pegawai hospital berkata sekurang-kurangnya 147 orang cedera, dengan kebanyakan mereka dalam keadaan kritikal. Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu, tambah pegawai polis Sikandar Khan. Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas pengeboman, yang meledakkan masjid ketika solat zuhur, menyebabkan tembok runtuh menimpa jemaah.  Masjid berkenaan terletak berdekatan dengan sebuah blok perumahan polis. Seramai 206 individu sedang berada di dalam bangunan tersebut ketika letupan itu meledak, menurut polis. Sebahagian daripada bumbung dan dinding masjid ru

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB - tidak ada konflik kepentingan?

Image
Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB -  tidak ada konflik kepentingan? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162140 Berita ini akan terlepas daripada perhatian rakyat tetapi apabila didedahkan pasti ramai yang akan berkata "What the F#@k!". Ceritanya begini: Wong & Partners, ahli kumpulan undang-undang antarabangsa Baker McKenzie adalah firma guaman yang diupah oleh 1MDB pada tahun-tahun awal apabila kehilangan wang berlaku. Tugas mereka adalah untuk memastikan bahawa semua perjanjian adalah ketat dan sebarang pembayaran dana telah memenuhi syarat-syarat dahuluan seperti dalam perjanjian dan ianya dibayar kepada pihak yang betul. VIDEO berkaitan: Itulah sebabnya 1MDB milik kerajaan menyaman Wong & Partners sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion) kerana gagal dalam tugas mereka. Tetapi Wong & Partners bijak. Mereka menggunakan khidmat Gopal Sri Ram untuk mempertahankan mereka. Dalam masa yang sama, Gopal Sri Ram juga meru

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Image
2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129 Berkali-kali DSN mohon untuk singkirkan Gopal Sri Ram dari menjadi pendakwa dalam kes beliau.  Ini adalah kerana terdapat akuan bersumpah dari bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bahawa Gopal Sri Ram pernah datang ke rumah beliau pada Januari 2018 dan menyampaikan bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN.  Tan Sri Apandi enggan dan kerana itu telah disingkirkan dari jawatan Peguam Negara.  Bukti : https://www.theedgemarkets.com/article/apandi-claims-sri-ram-has-clear-mission-bias-against-najib Kemudian Gopal Sri Ram telah dilantik menjadi Pendakwa Raya oleh Tommy Thomas.  Dan terdapat bukti bahawa Gopal Sri Ram turut terlibat dalam proses siasatan SPRM sedangkan sebagai pendakwaraya dia tidak boleh terlibat sama sekali. Ini didedahkan oleh Tommy Thomas sendiri dalam buku tulisannya.  VIDEO berkaitan: Berkali-kali DSN mohon untuk singkirkan Gopa

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Image
[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/   NARATHIWAT: Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. Kejadian berlaku di kawasan Bilot Tempat 3 Mukim Sako Daerah Sisakon Wilayah Narathiwat.  Mangsa yang maut dikenali sebagai Badariyah Cek Using, 33 tahun manakala Nusan Haji Matmin, 33 tahun mengalami kecederaan. Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://t.co/gU0fyoH2f5 ................. pic.twitter.com/l9yPrKrnKJ — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) January 27, 2023

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Image
[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian parti tersebut. Keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato’ Onn. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang. “Dalam pada itu, ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan. “Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” katanya melalui satu kenyataan seben

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Image
[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/   Mahkamah di Luxembourg yang bersidang Selasa lalu membuat keputusan memihak kepada kerajaan Malaysia atas dakwaan seorang individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kepada Sultan Sulu. Mahkamah berkenaan juga telah mengetepikan perintah penahanan yang telah dipohon oleh individu berkenaan yang bertindak sebagai penuntut di Luxembourg pada 11 Januari 2022. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, perintah penahanan yang telah diketepikan itu telah dipohon berasaskan dua award timbang tara yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr. Stampa yang dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion. Katanya, kerajaan Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang dikatakan itu, yang telah dirancang oleh penuntut. “Malaysi

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Image
[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 UMNO akan memutuskan tarikh pemilihan parti, termasuk bagi jawatan tertingginya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, esok 27 Januari 2023. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan, selain peringkat bahagian, yang dijangka diadakan serentak di 191 bahagian seluruh negara, termasuk untuk memilih pucuk pimpinan tertingginya. "Mesyuarat esok kita akan memutuskan mengenai tarikh pemilihan yang kita kena buat sebelum 19 Mei depan. Sebab dalam perlembagaan UMNO, pemilihan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan selepas pembuangan undi pilihan raya (peringkat) Dewan Rakyat. "Mesyuarat MKT esok malam adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media

[VIDEO] Feri Mersing - Tioman di badai ombak besar

Image
[VIDEO] Feri Mersing - Tioman di badai ombak besar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. Feri Mersing - Tioman di badai ombak besar selamat berlabuh https://youtu.be/agaMpX65_60 Feri Mersing - Tioman di badai ombak besar https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Image
[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini (25/01/2023) berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam tadi dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan keseluruhannya 35 PPS di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat. “Segamat terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 1,392 orang daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. “Diikuti pula Kluang melibatkan 1,139 orang daripada 325 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan,  pagi ini. Di Kota Tinggi, JPBN memaklumkan seramai 557 mangsa daripada 136 keluarga berlindung di enam PPS manakala daerah Mersing, terdapat empat PPS ya

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Image
Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 KOTA TINGGI: Rumah Rakit Uda Sungai Lebam disini dihanyutkan arus setelah sebuah rakit terputus tali sauhnya lalu melanggar beberapa rakit lain.  Pemilik rakit dan 2 orang pekerjanya selamat lari keluar dari rakit ketika kejadian.  Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. Untuk mengelak kejadian berulang pemilik rumah rakit sepatutnya membuat pemeriksaan dan penyenggaraan berkala pada tali sauh.

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei - Zambry

Image
[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei - Zambry BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 Wisma Putra akan membincangkan mengenai pendirian Malaysia dan Brunei terhadap isu Islamofobia yang berlaku di Stockholm, Sweden pada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei, yang dijadualkan bermula esok. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga selaku menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof. “Oleh kerana hal ini menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, tentunya ia akan mencetuskan keprihatinan Malaysia-Brunei. “Jadi saya akan bincang dengan rakan sejawat saya pada sesi lawatan rasmi ini,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Pada Sabtu lepas, Rasmus Paludan yang merupakan pemimpin parti pelampau kanan Denmark “Stram Kurs”, diberikan k
Image
[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026 MIRI: Seekor anak paus berukuran empat meter ditemui terdampar di pantai Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram. Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pasa jam 12 tengah hari tadi. “Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati seekor anak ikan paus dengan anggaran panjang empat meter telah terdampar di tepi pantai,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam bagi memudahkannya untuk berenang ke laut. 

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

Image
[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini. Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu, yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berhampiran rumahnya semalam dan sedang menjalankan siasatan lanjut. "Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak berhampiran. "Kita sedang memantau kawasan sekitar dan akan menghantar haiwan itu ke tempat asal sekiranya berjaya menemuinya," katanya ketika dihubungi Bernama. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mua

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

Image
[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009 Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pihak yang menggunakan istilah seperti ‘sedekah’ dan ‘komisyen’ untuk melunakkan rasuah. Katanya, fahaman yang melunakkan rasuah dengan istilah seperti ‘sedekah’ dan ‘komisyen’ boleh menjejaskan negara dan masyarakat. “Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’ okay. Ini fahaman yang boleh merugikan negara dan masyarakat,” katanya ketika berucap di rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Anwar menjelaskan sedekah yang dialu-alukan adalah pemberian yang diredai Tuhan untuk kepentingan dan faedah masyarakat. kkkkkkkkk “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” Sebelum ini, Presiden PAS, Hadi Awang, dikritik pelbagai pihak kerana mempertahankan pemberian wang selepas partinya didakwa menyogok pengundi beberapa hari sebelum PRU15. Parti

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Image
[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999 Ahmad Zahid Hamidi membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pemberian wang dikatakan menyogok pengundi menjelang PRU15. Presiden Umno itu berkata, ulama perlu mempunyai integriti dan tidak menukar-nukar fatwa mengikut “selera” sendiri. “Kalau dia (PAS) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah,” katanya. “Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa. Ulama kena ada integriti sebagai ulama, (jika tidak) ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam.” Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur. https://youtube.com/shorts/rh20xagEgeU?feature=share Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diiringi isterinya Dr Wan Azizah Ismail. Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan T

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Image
[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama https://pakdin.my/161988 Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan sesak sejak tengah hari tadi berikutan pertambahan kenderaan menuju ke Pantai Timur hari ini. Jurucakap Lebuhraya Pantai Timur memberitahu, aliran trafik dilaporkan sesak menghala ke Kuantan iaitu 6.7 kilometer (km) dari km 20.8 ke km27.5 di Gombak dan 14.9 km dari km29.6 hingga km 44.5 di Gombak-Bukit Tinggi. Keadaan sama turut berlaku di Lentang sepanjang 1.8km dari km45.7 hingga km47.5 dan 7.4km dari km 53.1 hingga km60.5 di Lentang-Bentong. Sementara itu, di Lebuhraya Pantai Timur ( LPT1), aliran trafik dilaporkan lancar di kedua-dua hala lebuh raya berkenaan. Dalam pada itu, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://youtu.be/ApnJDuK-zCg Jurucakap LLM memaklumkan, bagi arah selatan, trafik perlahan dari Nilai Utara ke

[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Image
[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161972 KOTA KINABALU - Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM45,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, antara September 2016 dan Januari 2017. Zulfikar Khomeini Asli, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri, Bahagian Audit Dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, dia didakwa menerima suapan wang berjumlah RM20,000 daripada pengurus sebuah syarikat kilang sawit yang dimasukkan ke dalam akaunnya di Maybank, Jalan Haji A. H. Tengah, Sipitang pada 20 September 2016. Bagi pertuduhan enam hingga 16 pula, dia didakwa telah diberikan suapan berjumlah RM25,000 daripada pengurus kilang yang sama dan dimasukkan dalam bank yang sama, antara 2 hingga 7 Januari 2017. Zulfikar didakwa gagal melaporkan pemberi

[VIDEO] Tujuh kedai makan di astaka berusia 38 tahun terbakar

Image
[VIDEO] Tujuh kedai makan di astaka berusia 38 tahun terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161960 GEORGETOWN: Tujuh kedai makan yang menjadi tumpuan penduduk setempat di Astaka Jalan Perak, di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 7.25 pagi di astaka berusia 38 tahun i tu bagaimanapun, tidak membabitkan kemalangan jiwa. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fadzil Mohamad, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.30 pagi. Katanya, 18 anggota bergegas ke tempat kejadian dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Paya Terubong. “Ketika tiba di lokasi, didapati api sedang marak membabitkan tujuh kedai makan di astaka itu. “Bomba mengalami kesukaran ke tempat kejadian kerana kesesakan lalu lintas berikutan waktu puncak,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini. Fadzil berkata, api berjaya dikawal pada jam 7.41 pagi dan padam sepenuhnya 12 minit kemudian. “Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya lagi. Difahamk

[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar

Image
[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161947 KUCHING, SARAWAK- Seorang lelaki nekad melarikan diri selepas makan hidangan lebih RM1,000 di sebuah restoran masakan Jepun, Icom Square pada Isnin 16 Januari 2023.  Namun, lelaki terbabit kembali semula ke restoran berkenaan kerana tertinggal telefon bimbitnya sekitar jam 11 pagi semalam untuk menuntut semula telefonnya itu.  Selepas insiden itu dan nasihat daripada orang ramai di media sosial, Izakaya Japanese Restaurant di Icom Square menerusi akaun rasmi Facebooknya berkata, pihaknya bertindak mengunci pintu selepas lelaki terbabit masuk ke restoran berkenaan untuk menuntut telefonnya.  "Kami meminta dia membayar bil makanannya yang belum dibayarnya sebelum ini.  "Dia cuba membayar menggunakan kad debit dan terlihat tangannya terketar-ketar ketika menekan nombor pin kad debitnya tetapi gagal.  "Kami juga cuba melaku

[VIDEO] Gempa M 6.3 melanda Gorontalo, terasa hingga ke Luwuk dan Palu

Image
[VIDEO] Gempa M 6.3 melanda Gorontalo, terasa hingga ke Luwuk dan Palu Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah Gorontalo pada 07.34 WIB, Rabu. BMKG di Jakarta, Rabu mencatatkan gempa itu berpusat di 0.07 Lintang Selatan, 123.28 Bujur Timur atau 69 km tenggara Bonebolango, Gorontalo dengan kedalaman 138 km. Sementara itu, sebilangan penduduk Kota Gorontalo berkata mereka panik dan pening akibat gempa bumi bermagnitud 6.3 yang menggegarkan kawasan itu selama beberapa minit. Gempa bumi bermagnitud 6.3 mengguncang Gorontalo pada Rabu (18/1/2023) pukul 08.34 WITA, dengan kedalaman 138 kilometer. BMKG menyatakan gempa bumi itu tidak berpotensi tsunami dan lokasinya di Minahasa, Sulawesi Utara. Lokasinya kira-kira 69 kilometer tenggara daerah Bone Bolango atau 72 kilometer tenggara bandar Gorontalo, wilayah Gorontalo. Berdasarkan data BMKG Gorontalo, pusat gempa adalah 0.07 lintang selatan dan 123.28 bujur timur. Gem

[VIDEO] Pelakon Sharnaaz Ahmad akan dituduh cederakan orang

Image
[VIDEO] Pelakon Sharnaaz Ahmad akan dituduh cederakan orang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161927 Pelakon, Sharnaaz Ahmad, tiba di Kompleks Mahkamah di sini pagi ini, untuk didakwa kerana mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Sharnaaz memakai baju kemeja biru dan berseluar hitam diiringi dua peguamnya masuk ke lobi mahkamah pada jam 9.34 pagi 18 Januari 2023. Pelakon itu kelihatan tenang dan sempat menyampaikan salam serta mengucapkan selamat pagi kepada lebih 10 pengamal media yang merakam foto serta videonya. Pada 16 Jun tahun lalu, Sharnaaz ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dilaporkan berkata kejadian bermula apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak. Bagaimanapun, rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kondominium terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran an

[VIDEO] RM10 billion wang kerajaan mungkin 'disalur' kepada pemimpin, parti politik

Image
[VIDEO] RM10 billion wang kerajaan mungkin 'disalur' kepada pemimpin, parti politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161910 Negara dipercayai mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran terus berlaku dalam sistem perolehan kerajaan jika amalan rasuah dapat dihentikan di semua peringkat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk pengubahsuaian pendekatan cara lama termasuk tanpa campur tangan politik atau kepentingan golongan peniaga besar dalam sebarang kontrak kerajaan. “Walaupun baru mengetuai Kementerian Kewangan tidak sampai dua bulan, namun saya sudah mengenal pasti berlaku kebocoran tinggi sekitar RM3 bilion ke RM4 bilion yang boleh diselamatkan termasuk yang ‘dialihkan’ kepada parti politik tertentu. “Kita boleh selamatkan mungkin RM10 billion dari kebocoran yang terus berlaku dalam sistem perolehan,” katanya ketika berucap dalam majlis dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.

Kes nikah di Thailand meningkat 15 peratus bagi daerah Kota Setar

Image
Kes nikah di Thailand meningkat 15 peratus bagi daerah Kota Setar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161898 Kes pernikahan di Thailand tanpa kebenaran yang membabitkan pasangan dari daerah Kota Setar kini secara puratanya meningkat 15 peratus sebulan, selepas dua tahun berlaku pandemik COVID-19. Pegawai Agama Daerah Kota Setar Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata kebanyakan pernikahan itu melibatkan individu bujang dan berpoligami tanpa kebenaran. “Terdapat lima hingga enam peratus yang bernikah di Thailand ini didapati tidak sah dalam pengesahan pernikahan mereka… tak sah sebab (antaranya) wali hakim yang tak bertauliah atau kahwin dengan isteri orang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Menuai Padi Musim 1/2023 Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SSBA) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi LZNK Datuk Norizan Khazali. Ahmad Faisol berkata terdapat juga kes pernikahan
Image
[VIDEO] Pagi Isnin, Aceh Digegarkan Dengan Gempa 6.5 Magnitud BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161888 Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik melaporkan, gempa bumi besar berukuran 6.5 magnitud menggegarkan wilayah Aceh. Gempa itu terjadi pada hari Isnin (16/1/2023) pagi tadi pukul 05.30 WIB. Lokasi sebenar gempa bumi adalah 49 kilometer tenggara Daerah Aceh Singkil. BMKG berkata gempa bumi itu tidak berpotensi tsunami. Perkara ini dilaporkan oleh BMKG menerusi Twitter rasminya. Dalam kenyataannya, BMKG memberikan penafian bahawa dalam beberapa minit pertama selepas gempa bumi, parameter gempa bumi mungkin berubah dan mungkin tidak tepat, melainkan pakar seismologi telah menganalisisnya semula. Tidak diketahui secara pasti sama ada terdapat kesan daripada gempa bumi itu.

[VIDEO] Warga emas rentung dalam kebakaran 6 rumah

Image
[VIDEO] Warga emas rentung dalam kebakaran 6 rumah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161878 Bagan Datuk: Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Bagan Ikan di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 6.30 pagi 16 Januari 2023 itu, lelaki dipercayai berumur 80-an ditemukan anggota bomba di rumah kedua. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi. Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dengan bantuan BBP Teluk Intan, Balai Bomba Sukarela (BBS) Sungai Tiang dan BBS Bagan Datuk bergegas ke lokasi kejadian. "Kebakaran membabitkan enam rumah berkeluasan keseluruhan 180 x 180 kaki persegi yang musnah terbakar 90 peratus. "Mangsa yang maut ditemui dalam bilik di rumah kedua yang terbakar. Seorang lagi mangsa berumur 24 tahun mengalami kecederaan di lutut. "Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta Toyota Altis dan Perodua Kancil serta s
Image
[VIDEO] Mayat remaja lemas ditemukan di Pulau Kening dengan bantuan Unit K9 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161856 BERA – Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor, di sini kelmarin berjaya ditemukan pasukan bomba, hari ini 16 Januari 2023. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memberitahu mayat mangsa dijumpai oleh Unit K9 dan pasukan Bomba dan Penyelamat Triang pada pukul 10.44 pagi pada jarak 900 meter dari lokasi kejadian di Pulau Kening. “Pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), kami telah menggunakan khidmat daripada Unit K9, dan mangsa, Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi ditemukan tersangkut pada kayu di kawasan sungai oleh anjing pengesan,” katanya. Ismail berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan susulan. Dalam pada itu, Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari k

SRC International: Berikut adalah sesuatu yang sangat sukar dipercayai, anda akan terkejut

Image
SRC International: Berikut adalah sesuatu yang sangat sukar dipercayai, anda akan terkejut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161845 Najib secara konsisten menafikan memberi arahan atau mengetahui bahawa dana SRC telah dimasukkan ke dalam akaunnya. Bagi mereka yang mengikuti kes itu, RM42 juta SRC yang dibuat adalah dimasukkan ke akaun Najib apabila Gandingan Mentari (pemilik penuh unit SRC) membayar RM50 juta kepada Ihsan Perdana (syarikat yang dilantik oleh SRC untuk melakukan Tanggungjawab sosial korporat) untuk melakukan aktiviti Tanggungjawab sosial korporat (CSR). Ihsan Perdana kemudian membayar RM42 juta ke akaun Najib yang mana Najib turut melakukan CSR menggunakan akaun tersebut - sama seperti bagaimana dia menggunakan RM642 juta yang diterimanya dari Arab Saudi termasuk daripada MOF Saudi. Jadi siapa yang mengarahkan wang RM42 juta itu dimasukkan ke dalam akaun Najib? Ianya adalah pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) Ung Su Ling, seorang peguam terlatih. Sebelum menjad
Image
[VIDEO] Pesawat terhempas di Nepal: 66 disahkan maut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161834 Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad 15 Januari 2033. Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini. Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan. Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu. Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas. Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas "kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara." "Saya dengan tulus merayu kep

[VIDEO] Kedai kasut di The Mines terbakar

Image
[VIDEO] Kedai kasut di The Mines terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161823 SERDANG – Sebuah kedai kasut yang berada di dalam pusat beli-belah The Mines musnah sepenuhnya dalam kebakaran, hari ini 15 Januari 2023. Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.39 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. Katanya, sebanyak 33 anggota berserta enam jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Bandar Tun Hussein On dan BBP Kajang bagi melakukan pemadaman api. “Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai kasut di dalam pusat beli belah terbabit yang berada di tingkat satu. “Premis itu musnah 100 peratus dan api berjaya di kawal pada pukul 12.25 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. 

[VIDEO] PAU2022: Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] PAU2022: Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161811 Yang Berbahagia, Tan Sri Pengerusi Tetap YB Dato Seri Utama Timbalan Presiden UMNO Yang Berhormat / Yang Berbahagia Naib-Naib Presiden Yang Berhormat Ketua Wanita UMNO Malaysia Yang Berbahagia Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Keluarga besar dan para penyokong UMNO yang saya hormati sekalian 1. Tatkala merenung ke bawah, seawal saya memasuki Dewan Merdeka sebentar tadi, saya melihat wajah-wajah saudara saudari sekalian, terdetik di hati saya, In Sha Allah dengan izin-Mu jua ya Allah, parti keramat ini masih punya masa hadapan yang cerah. 2. Manakan tidaknya, daripada raut wajah saudara saudari sekalian, saya dapat merasakan, parti ini masih didukung oleh para pemimpin akar umbi, yang terpancar ketulusan dan keikhlasan di wajahnya. Walau dibadai tsunami ganas politik, saudara saudari tetap istiqamah dan seti