Posts

Showing posts with the label MATTA

[VIDEO] Kadar hotel ke Tanah Suci melambung, pakej umrah naik saat akhir

Image
[VIDEO] Kadar hotel ke Tanah Suci melambung, pakej umrah naik saat akhir BACA seterusnya di https://pakdin.my/161616 Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menjelaskan harga pakej umrah dinaikkan pada saat akhir berpunca kenaikan mendadak sehingga 300 peratus kadar hotel di Mekah dan Madinah. Naib Presiden Haji dan Umrah Matta, Azri Abd Razak, berkata keadaan itu menyebabkan harga pakej yang ditetapkan terpaksa dinaikkan pada saat akhir oleh agensi pelancongan sebelum jemaah umrah berlepas ke tanah suci. “Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih. “Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak,” katanya dalam kenyataan. Beliau tampil menje