Posts

Showing posts with the label Pelacuran

Thailand dijangka melepasi sasaran eksport beras 2023 apabila angka November melonjak

Image
Thailand dijangka melepasi sasaran eksport beras 2023 apabila angka November melonjak Sasaran eksport beras 2023 Thailannd sebanyak 8.5 juta tan hasil daripada lonjakan ketara dalam pembelian pada November, kata persatuan eksport beras. https://pakdin.my/174961 Charoen Laothamatas, presiden Persatuan Pengeksport Beras Thai, berkata pada hari Selasa bahawa eksport beras pada November mencecah 1.007 juta tan bernilai 23.01 bilion baht, masing-masing meningkat sebanyak 19.9% dan 23.3% berbanding Oktober. Rangsangan dalam eksport beras November kebanyakannya adalah dalam kategori beras putih dan beras jasmine kerana pengimport mahu menambah stok yang semakin berkurangan di tengah-tengah harga beras global yang tinggi dalam tempoh 15 tahun. Eksport beras digilap pada November berjumlah 659,694 tan, mencerminkan 31% yang besar berbanding Oktober. Pasaran utama bagi beras putih Thai termasuk Indonesia, Filipina, Algeria, Iraq, Malaysia, Jepun, Brazil dan Cameroon, katanya. Sebaliknya, Novembe...

▶️ Sindiket pelacuran dan pusat hiburan tumpas

Image
▶️ Sindiket pelacuran dan pusat hiburan tumpas https://pakdin.my/174957 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran dan pusat hiburan dalam satu Operasi Khas dijalankan pada 12 Januari 2024 di 5 lokasi iaitu 2 premis pusat pelacuran dan 3 premis pusat hiburan KTV di Perakc Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis. Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 1 bulan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi pasukan operasi telah diatur gerak ke 5 premis dan telah menahan 52 orang perempuan warganegara China...

17 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Image
  17 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran Baca seterusnya di: pakdin.my/167608 -  JOHOR BAHRU - Seramai 17 individu, termasuk 13 wanita dan seorang lelaki warga asing, ditahan polis di sini pada pukul 10.40 malam kelmarin, dipercayai terlibat aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi media sosial. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, "kesemua suspek berumur 21 hingga 49 tahun, ditahan menerusi dua operasi berasingan sekitar daerah itu. "22 buah telefon bimbit, 27 keping kondom, lima gulung tisu, empat helai tuala, dua botol pelincir, wang tunai berjumlah RM3,400 dan 50 dollar singapura turut dirampas," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 372 A, dan 372 B, Kanun Keseksaan, serta Seksyen 6 (1)(C), Seksyen 15 (1)(C), dan Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959 / 63. Polis Johor akan menjalankan operasi secara berterusan, bagi membanteras kegiatan pelacuran dalam negeri itu. - Berita RTM

Polis serbu premis jadi sarang pelacur

Image
Polis serbu premis jadi sarang pelacur  - [ https://pakdin.my/155053 ] Polis menyerbu sebuah premis di Taman Miharja, Cheras di sini yang menjalankan kegiatan pelacuran dengan menahan sembilan individu malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 8 malam hasil maklumat dan risikan. Menurutnya, pemeriksaan kemudian menahan dua lelaki sebagai penjaga dan tujuh wanita warga asing yang menjalankan kegiatan pelacuran. "Ketika pemeriksaan terdapat empat lelaki dipercayai untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit. "Polis kemudian merampas sebuah telefon bimbit, 19 keping kondom, tuala, jadual kerja dan wang tunai RM90," katanya dalam kenyataan hari ini. Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta...