Posts

Showing posts with the label Pikap

[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu

Image
[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154773 ] KOTA KINABALU - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah pacuan empat roda selepas seorang wanita bertindak memandu secara agresif cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Sepanggar di sini, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilaporkan sebagai kenderaan curi dikesan berada di tepi Jalan Tun Fuad Stephen, Pasar Kraftangan yang dipandu seorang wanita tidak dikenali. Orang awam yang menyedari kenderaan terbabit bertindak memaklumkan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, sebaik menerima laporan itu, pasukan unit peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) polis berjaya mengesan kedudukan kenderaan yang berada di Jalan Tanjung Lipat. &quo