[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi
[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160872/ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya pada 17 September lalu. Beliau dalam kenyataan media hari ini mengesahkan berikutan pelbagai spekulasi timbul berkenaan dengan pertemuan beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan Abdul Hadi. “Pertemuan empat mata tersebut berlangsung dengan penuh harmoni berteraskan semangat mahabbah dan ukhuwwah persaudaraan Islamiah.” Katanya, banyak perkara diperbincangkan termasuklah mengenai agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama satu ketika. “Semangat kerjasama politik atau taawun siyasi antara UMNO-PAS pada waktu itu berpaksikan kepada keinsafan betapa perlunya dua Parti Induk Bumiputera Melayu-Islam terlebih dahulu diperkasakan bagi memungkinkan terlaksananya penyatuan ummah dalam e...