Posts

Showing posts with the label Lipis

58 kubur dipindah

Image
58 kubur dipindah Sumber:  https://pakdin.my/158051 ..... LIPIS: Kubur orang alim dan pahlawan terkenal Pahang suatu ketika dahulu antara 58 kubur lama berusia ratusan tahun terletak di Tanjung Betong, Kampung Kuala Telang di sini yang terpaksa dipindahkan oleh pihak berwajib. Tindakan memindahkan kubur lama terbabit terpaksa dilakukan apabila kawasan berkenaan yang terletak di tepi Sungai Jelai diancam hakisan serius sejak beberapa tahun lalu. Tanah perkuburan berkenaan dikatakan wujud ratusan tahun lalu sama dengan pembukaan Kampung Kuala Telang yang juga penempatan terawal di Hulu Pahang. Pegawai Agama Islam Daerah Lipis Mohd Zainudin Zakaria berkata, keputusan memindahkan 58 kubur lama itu terpaksa dibuat kerana kejadian hakisan tebing Sungai Jelai berikutan kesan banjir yang berlaku hampir setiap tahun. Menurutnya, keadaan runtuhan tebing sungai berkenaan yang semakin serius mengharuskan pemindahan kubur dilakukan kerana terdapat keperluan dan kewajaran yang perlu diambil kir...

Remaja orang asli maut motosikal dirempuh bas

Image
  Remaja orang asli maut motosikal dirempuh bas [LINK:  https://pakdin.my/?p=153511 ] LIPIS- Seorang remaja orang asli maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 10, Jalan Sungai Koyan-Raub di sini pada petang Ahad. Dalam kemalangan kira-kira jam 3.25 petang itu, penunggang motosikal, Myhkel Ali, 18, dari Pos Sinderut di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng, John Kamarudin, 11, cedera pada kaki dan tangan. Pemandu bas berusia 36 tahun dan pemandu kedua, 27 tahun bersama 17 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur manakala mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Pos Sinderut dari Sungai Koyan di sini. "Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu bas dipercayai gagal mengelak dan ter...