Pelajar bawah umur ditangkap khalwat dalam rumah sewa

https://pakdin.my/174814/

KULIM – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan bersama pasangannya berusia 19 tahun kerana disyaki berkhalwat dalam operasi pencegahan jenayah syariah di sebuah rumah sewa di Taman Tiong, di sini hari ini 5 Januari 2024.

Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 11.10 pagi tadi, pasangan terbabit didapati berada di dalam sebuah bilik rumah tersebut.

Turut ditahan dalam operasi sama adalah seorang wanita yang berada di ruang tamu dan dua lagi pasangan di dalam bilik berasingan. Mereka berusia antara 20 hingga 23 tahun.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dengan dibantu ahli jawatan kuasa surau taman perumahan tersebut membuat pemeriksaan ke atas rumah sewa berkenaan selepas menerima aduan daripada orang awam.

Katanya, pegawai penguat kuasa memberi salam sebelum seorang wanita membuka pintu dan membenarkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.

Menurutnya, remaja wanita berusia 15 tahun masih bersekolah manakala tiga lagi masing-masing adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang baru tamat peperiksaan akhir dan dua lagi menunggu tawaran kerja.

“Sementara tiga lelaki yang ditahan bekerja sebagai pembantu restoran dan operator kilang. Mereka mendakwa baru berkenalan kira-kira sebulan lalu dan empat wanita terbabit datang ke rumah sewa itu untuk melepak dan kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen menyatakan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat,” ujarnya.

Tambahnya, tiga pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma