Posts

Showing posts with the label Kasino

Cip kasino di Genting Highland bernilai lebih RM4.6 juta dicuri

Image
Cip kasino di Genting Highland bernilai lebih RM4.6 juta dicuri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170507 Polis Bentong hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Bentong dipecah masuk dan cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta telah dicuri. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berkenaan daripada pihak pengurusan keselamatan kasino terbabit sekitar 6.30 petang pada 28 Oktober. “Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek terlibat,” katanya. Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,"katanya.

[VIDEO] 10 maut hotel kasino terbakar dekat sempadan Thailand di Kemboja

Image
[VIDEO] 10 maut hotel kasino terbakar dekat sempadan Thailand di Kemboja BACA seterusnya di https://pakdin.my/161313 POIPET, KEMBOJA – Sebanyak 10 orang maut dalam satu kebakaran di sebuah hotel kasino dekat sempadan Thailand di Kemboja, dengan beberapa gambar menunjukkan orang ramai cuba menyelamatkan diri ketika api marak mengelilingi mereka. Kebakaran di Hotel Kasino Grand Diamond City di Poipet itu berlaku lewat malam semalam iaitu sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan), kata polis tempatan. Satu laporan polis yang dilihat oleh wakil AFP menyebut bahawa kira-kira 10 orang meninggal dunia manakala 30 lagi cedera. Tambah laporan tersebut, sekitar 400 individu dipercayai bekerja di premis berkenaan. Beberapa gambar yang diperoleh AFP menunjukkan bangunan hotel tersebut dijilat api marak dengan anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran. Anggota penyelamat turut cuba membawa turun mangsa-mangsa yang terperangkap di tebing bangunan yang terbakar. Dalam satu klip yang dikongsi