Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’
Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’ Selanjutnya di: https://pakdin.my/155729 - Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri menyifatkan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan kontrak mereka di kementerian itu tanpa sebarang penjelasan sebagai tidak ‘gentleman’. Lebih menyedihkan, pemberhentian itu dibuat ketika Ahmad Idham dan keluarganya sedang dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19. Menurut Ahmad Idham, surat penamatan itu diperolehnya pada Isnin lepas, iaitu pada 28 Februari dan tarikh surat itu berkuat kuasa pada 23 Februari, dengan penamatan 24 jam. “Dalam surat itu tidak dinyatakan sebarang alasan penamatan dan kami sendiri tidak tahu apa alasannya. Bagaimanapun, kami menghormati keputusan menteri terhadap penamatan ini dan selama ini kolaborasi kami bersama menteri juga adalah amat baik. “Cuma sedikit sedih sebab surat dibuat ketika saya kuarantin. YB menteri tahu satu keluarga saya kena Covid-19," ...