Posts

Showing posts with the label Sultan Ibrahim

[Video] 'Jangan sampai rakyat Johor desak keluar Malaysia’ - Sultan Johor

Image
[Video] 'Jangan sampai rakyat Johor desak keluar Malaysia’ - Sultan Johor Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159378    Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menggesa kerajaan persekutuan memberikan peruntukan lebih banyak kepada negeri itu. Titahnya, setiap tahun hampir RM13 bilion hasil persekutuan dikutip dari Johor. Baginda membangkitkan rasa sedih dengan keadaan bangunan persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar. Kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga. titah baginda, perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian lebih cekap serta keadaan yang selesa. “Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara. “Saya menyeru kerajaan persekutuan segera tunaikan janji untuk menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan kepada enam lorong dan Lebuh Raya Senai-Desaru menj...

#PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

Image
  #PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153698 ] JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. "Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.