Posts

Showing posts with the label Portal

Portal Rasmi Halal Malaysia beroperasi semula Rabu

Image
Portal Rasmi Halal Malaysia beroperasi semula Rabu Portal Rasmi Halal Malaysia mula beroperasi kembali pada Rabu setelah tindakan pembaikan selesai dilakukan susulan pencerobohan yang dikesan pada 9 Disember lalu. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff berkata beliau telah mengarahkan pasukan teknikal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jabatan itu menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung perkara itu. "… ini termasuk mencadangkan langkah-langkah proaktif ke arah meningkatkan ciri keselamatan portal supaya isu sama tidak berulang pada masa hadapan. Insiden pencerobohan yang berlaku ini tidak menyebabkan sebarang data tertiris. "Saya sudah mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemas kini lohong gelung yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam Portal Rasmi Halal Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini. Beliau juga memaklumkan p