Posts

Showing posts with the label Damansara Damai

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Image
Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang BACA seterusnya: https://pakdin.my/174252 Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu. “Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R. “Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman juga selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini. Tinjauan mendap

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Image
  Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua BACA seterusnya: https://pakdin.my/174228 Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi. Tanpa mendedahkan perincian lanjut objek dan barang berkenaan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, bagi polis mendapatkan petunjuk dalam usaha memberkas suspek yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak malang berusia enam tahun itu. “Kami perlu analisa kesemua penemuan ini terlebih dahulu dan terus mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Selain itu, Hussein berkata polis turut mengeluarkan arahan kepada penduduk di apartmen itu untuk terus kekal di kediaman mereka, namun dalam masa yang sama masih bo

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Image
🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman BACA seterisnya: https://pakdin.my/174185 Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini. Tinjauan di lokasi mendapati kenderaan berkenaan turut membawa anggota polis dipercayai dianggarkan dalam lingkungan sekitar 20 orang memasuki kawasan perumahan itu sekitar 7.50 malam tadi. Kesemua anggota dilihat berkumpul di dalam kawasan perumahan tersebut. Difahamkan kehadiran mereka bertujuan untuk menjalankan saringan DNA penduduk secara beramai-beramai. Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkam keputusan sampel DNA sebelum ini dijangka akan diterima dalam tempoh tiga hari. Pihaknya juga menganalisa beberapa kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) yang berhampiran lokasi kejadian yang dikesan terdapat pergerakan. Pihaknya kini sedang menganalisa lanjut bagi menentukan perg