Posts

Showing posts with the label Kurang Siuman

[Video] Polis tahan lelaki mengamuk atas lori kontena di Klang

Image
[Video] Polis tahan lelaki mengamuk atas lori kontena di Klang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155878 - KLANG: Suasana di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru 4 di sini, gempar apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk atas sebuah lori kontena hari ini. Dalam kejadian pukul 10.58 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan dikatakan menjerit sambil memegang sesuatu objek di atas kenderaan tersebut. Keadaan itu memaksa orang awam bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan lanjut. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.07 pagi. Katanya, sepasukan 12 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikerah dalam operasi berkenaan. “Setibanya di lokasi, anggota kita segera meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut. Ia bagi membantu memudahkan polis untuk menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu,” katanya