Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara


Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara

https://pakdin.my/174810/

BANDA ACEH –  Mahkamah Syariah Banda Aceh menjatuhkan hukuman penjara terhadap tiga orang gadis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran online, lapor portal berita Prohaba.co hari ini.

Majlis Kehakiman menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga- tiga gadis tersebut yang masing-masing berumur  22, 23 dan 24 tahun didapati bersalah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Ketiga-tiga mereka dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun semalam berdasarkan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh.

Mereka ditangkap pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan). 

Mereka ditangkap di sebuah hotel di kawasan Ulee Kareng oleh anggota-anggota polis Banda Aceh yang melakukan penyamaran.

Hakim memerintahkan supaya ketiga-tiga gadis berkenaan tetap ditahan sehingga mereka habis menjalani hukuman penjara.

Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因