Posts

Showing posts with the label PBT

Tiga penjawat awam ditahan SPRM terima rasuah RM12,000

Image
Tiga penjawat awam ditahan SPRM terima rasuah RM12,000 https://pakdin.my/174867/ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman tiga penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM12,000 daripada sebuah syarikat. Suapan tersebut dilakukan berhubung kerja-kerja penurapan jalan yang tidak mengikut spesifikasi. Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang bekerja di sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan sekitar pukul 7.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, di sini. “Ketiga-tiga suspek ini telah meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat berkenaan selepas mendapati kerja-kerja penurapan jalan yang dilaksanakan sekitar April hingga Jun tahun lalu, tidak mengikut spesifikasi sebagaimana ditetapkan. “Wang rasuah keseluruhannya sekitar RM12,000 kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadi ketiga-tiga suspek sebagai balasan agar kompaun tidak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan,” katanya. Susulan

[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari

Image
[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166691 KUALA TERENGGANU -- Seorang pembantu kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa. Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan permohonan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an bermula hari ini hingga Sabtu. Perintah reman itu dibenarkan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga bendahari bagi kesatuan di PBT itu disyaki meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan kakitangan PBT untuk kegunaan peribadi. Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020 melibatkan lebih 30 transaksi dengan nilai wang mencecah hampir RM200,000.  Sumber memaklumkan, lelaki berkenaan ditahan kira-kira 12.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu, sema