Posts

Showing posts with the label Tok Bali

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883 PASIR PUTEH 26 Mac 2023 -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.  Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata pada Isnin, tangkapan pertama dilakukan pada 3.45 petang dan 4 petang, manakala pada Rabu tangkapan dibuat pada 8.45 pagi dan 10.57 pagi.  Katanya pada Isnin, semasa bot ronda APMM melaksanakan rondaan, dua bot nelayan Vietnam dikesan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang. "Bot pertama dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong. "Kedua-dua bot ditahan pada jarak kira-kira 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. Bot peronda mengambil masa lebih kurang 16 jam untuk mengiringi masuk kedua-dua

[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1 PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam. "Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini. Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka. Menurutnya bagaimana