Posts

Showing posts with the label Kuala Lumpur

Keslahan Memalukan! Koridor Sejarah Jalan Ampang letak foto Sultan Perak ke-26, Sultan Abdullah II sebagai Raja Abdullah

Image
Pada bulan kemerdekaan ini, ketika semua orang menumpukan perhatian kepada kesilapan lazim bendera terbalik dan reka bentuk Jalur Gemilang, dinding batu "Koridor Sejarah Jalan Ambang 1857" yang baru dipasang di pusat bandar Kuala Lumpur secara meletakkan gambar Sultan Abdullah II yang salah, meletakkan gambar Sultan Perak ke-26, sebagai gambar Raja Abdullah, sebagai seorang perintis pembangunan Kuala Lumpur, sehingga mengelirukan antara dua orang yang berbeza! Difahamkan bahawa koridor sejarah yang ditubuhkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini terletak di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Binjai. Maklumat pada dinding batu bertujuan untuk menerangkan sejarah penerokaan dan pembangunan Jalan Ampang selama lebih dua abad yang lalu. Walau bagaimanapun, ramai pejalan kaki yang perihatin mendapati terdapat banyak kesilapan dan kecuaian dalam kandungan dinding batu tersebut. Antaranya termasuklah beberapa ayat yang tidak mempunyai noktah pada penghujungnya, dan huraian dalam b...

Rumah, kedai hangus dijilat api di Kampung Baru

Image
KUALA LUMPUR – Sebuah rumah dan kedai dilaporkan musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Raja Musa, Kampung Baru, di sini, pagi tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 pagi. Katanya, seramai 23 anggota serta jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak telah dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, kebakaran didapati memusnahkan 100 peratus bangunan kedai dan sebuah motosikal manakala sebuah rumah terbakar 80 peratus. “Kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.41 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.38 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran dalam siasatan. Kebakaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2025 Sebuah insiden kebakaran telah berlaku di Jalan Raja Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada pagi 15 Mei 2025. Berikut adalah butiran utama kejadian berdasarkan laporan terkini:...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Image
[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161121/ Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) melaporkan, keadaan lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut. “Kawasan yang terlibat adalah di Jalan Klang Lama, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sg Besi dan Jalan Tun Razak. “Seterusnya, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Mahameru dan juga Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2),” kata KLCCC. https://youtu.be/b0GJBjniqqg

[Video] Pasar Dato Keramat terbakar dalam kejadian kali kedua

Image
[Video] Pasar Dato Keramat terbakar dalam kejadian kali kedua Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159313   Kemusnahan akibat kebakaran pada jam 1:30 pagi di pasar berkenaan dianggarkan kira-kira 50 peratus. Turut membabitkan sebahagian rumah berhampiran yang dianggarkan musnah kira-kira 10 peratus. Kebakaran itu berjaya dikawal jam 2.11 pagi. Pasar Keramat di Kampung Dato Keramat, di sini, terbakar lagi, awal pagi tadi, selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan pada Mac tahun lalu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.30 pagi tadi. "Seramai 47 anggota bersama 14 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran lot kedai di pasar berkenaan dengan keadaan api sangat marak," katanya ...

13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran

Image
13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157437 - Polis menahan tujuh lelaki dan enam wanita yang disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan di sebuah premis di ibu negara, semalam. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata premis itu dipercayai dijadikan sebagai pusat pelacuran wanita warga asing. Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan enam lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia, selain enam wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 50-an. "Polis turut merampas 130 kondom, pelincir, tuala, tisu basah, fail jadual kerja, fail cuci rambut, dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM340. "Kes disiasat mengikut Seksyen 373/372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, orang ramai yang mahu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah di sekitar ibu negara ...

[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat

Image
[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155942 - Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial. Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air. Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi. Selain itu, air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, Jalan India turut dinaiki air, malah jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air. Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah. Di Selangor pula, di Dianggarkan lebih 50 rum...

Amaran ribut petir: Rakyat Selangor, KL diarah berjaga-jaga

Image
Amaran ribut petir: Rakyat Selangor, KL diarah berjaga-jaga Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155939 - Rakyat Selangor dan Kuala Lumpur diarah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir di kedua-dua negeri pada petang Isnin. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang berkongsi di Facebook mengenai laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dikeluarkan pada jam 1.35 petang Isnin. Menurut hantaran tersebut, ribut petir dijangka melanda beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur hingga jam 5 petang. "Kawasan dijangka terlibat ribut petir dan hujan lebat ialah Petaling, Sepang, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat," menurut laporan tersebut pada Isnin. Dalam pada itu, pihak MBSA menerusi hantaran tersebut turut mengingatkan warga Shah Alam mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa peka dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke masa. Dalam perkembangan lain, Putrajaya dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Jeleb...