Posts

Showing posts with the label UKSB

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai - Hakim

Image
[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh  dipercayai - Hakim Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO berkenaan. Pada 26 Jun 2019, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN. Bagaimanapun, pada 31 Julai 2019, mahkamah membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN. Kesemua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama. Ahmad Zahid, 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB

Mahathir terima RM2.6 juta daripada UKSB

Image
Mahathir terima RM2.6 juta daripada UKSB Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159678/ Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi sumbangan politik berjumlah RM2.6 juta kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar di dalam komputer riba milik saksi itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini. Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah Mahathir menerima sumbangan politik, saksi berusia 47 tahun itu menjawab: “Ya dan parti (Bersatu)”. Saksi ke-17 itu memberitahu mahkamah sumbangan dana berkenaan dibayar melalui anak saudara Mahathir iaitu Tan Sri Rahmat Abu Bakar yang menggunakan kod nama ‘Kedahan’. Ahmad Zaidi : Kenapa anda membuat pembayaran kepada Tan Sri Rahmat? Tan : Saya perc

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa

Image
Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159398    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). “Hari ini terbukti sudah kamu melepaskan Muhyiddin daripada didakwa kerana beliau adalah sekutu kamu, bukan keadilan yang dicari, tapi dendam yang menjadi keutamaan (terhadap Umno),” katanya dalam kenyataan. Razlan berkata, Muhyiddin sepatutnya menghadapi tuduhan sama seperti Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, atau sekurang-kurangnya menjawab dakwaan itu di mahkamah. Katanya, Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu, akan tahu Muhyiddin menerima wang daripada UKSB dan bekas peguam negara, Tommy Thomas juga akan tahu bukti kes itu serta mengetahui siapa terbabit. “Hari ini, Zahid terpaksa membuktikan diri beliau di mahkamah, terpaksa berhadapan dengan cercaan masyarakat, tap

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

Image
Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika  dikatakan menerima wang dari UKSB? Baca seterusnya:  https://pakdin.my/159393/   "Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut. “Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara. Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Benar? "Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23