Posts

Showing posts with the label Malalap

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Image
[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000 Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158512   Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem. Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi membuat keputusan itu hari ini selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malalap itu. Pada 14 Disember tahun lalu mahkamah memerintahkan Anthony, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh. Pada 21 September 2021, pihak pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 15 saksi dipanggil memberi keterangan. Seramai 15 saksi pendakwaan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Z