Posts

Showing posts with the label SOP

Kenapa pula artis AJL boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP? kata Najib

Image
Kenapa pula artis AJL boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP? kata Najib Selanjutnya:  https://pakdin.my/157406 - Jangan datang ke Parlimen jika anda antara individu yang yang memeluk tokoh DAP, Lim Kit Siang pada kongres parti itu Ahad lalu – itu mesej bekas Perdana Menteri Najib Razak susulan berita bahawa mentor parti itu disahkan positif Covid-19 hari ini. Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib turut mendoakan supaya Lim segera sembuh. Najib berkata, beliau menyedari bahawa ramai orang telah memeluk veteran DAP itu pada kongres tahunan parti itu pada Ahad (di mana Lim telah mengumumkan persaraannya daripada politik). “Saya doakan beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. “Tapi saya perhatikan Kit Siang banyak berpeluk dengan geng-geng DAP semalam. Hantaran Najib itu susulan laporan berita mengenai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang turut disahkan positif Covid-19 selepas beliau menghadiri kongres parti itu. Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, ber...

KKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi

Image
KKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157373 - Satu protokol pengundian yang selamat membabitkan pemilih positif Covid-19 menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya sedang dibincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa penularan Covid-19 akan kekal, justeru hak pengundi tidak sepatutnya dinafikan. “Tetapi saya katakan kepada pegawai saya, Covid-19 akan kekal. Kalau kita nafikan hak mereka untuk mengundi, bermakna kita terus menafikan hak untuk berperlembagaan. “Jadi, kita sedang memikirkan apakah cara paling selamat untuk mereka mengundi,” katanya, menurut laporan Berita Harian. Khairy berkata, apa yang berlaku membabitkan seorang pengundi di pilihan raya negeri (PRN) Johor terdahulu mungkin boleh difahami berikutan belum ada protokol selamat disiapkan ketika itu.

[Video] #PRNJohor: Ahli politik ugut PDRM kini disiasat

Image
[Video] #PRNJohor: Ahli politik ugut PDRM kini disiasat  - baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155413 BATU PAHAT - Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mengugut pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi 1 minit 22 saat itu tular di Facebook pada Isnin. “Dalam video tersebut, penceramah telah meminta melanjutkan tempoh masa berkempen, namun tidak dibenarkan. “Kemudian penceramah tersebut telah mengeluarkan ungkapan ‘Bila kita jadi kerajaan balik, korang tahulah nanti’ dalam bahasa Cina,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, siasatan awal mendapati ceramah yang diadakan di bilik gerakan sebuah parti di Yong Peng, Batu Pahat itu bermula jam 8.30 malam berakhir pada jam 10 malam. Tambahnya, ceramah berkenaan mempunyai permit polis dan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semas...

Polis serbu premis jadi sarang pelacur

Image
Polis serbu premis jadi sarang pelacur  - [ https://pakdin.my/155053 ] Polis menyerbu sebuah premis di Taman Miharja, Cheras di sini yang menjalankan kegiatan pelacuran dengan menahan sembilan individu malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 8 malam hasil maklumat dan risikan. Menurutnya, pemeriksaan kemudian menahan dua lelaki sebagai penjaga dan tujuh wanita warga asing yang menjalankan kegiatan pelacuran. "Ketika pemeriksaan terdapat empat lelaki dipercayai untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit. "Polis kemudian merampas sebuah telefon bimbit, 19 keping kondom, tuala, jadual kerja dan wang tunai RM90," katanya dalam kenyataan hari ini. Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta...

#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR

Image
#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR [ https://pakdin.my/?p=155026 ] Bagi kempen ziarah ke rumah, hanya lima orang dibenarkan menyertainya dan tidak dibenarkan memasuki atau berjumpa pemilik rumah. Penganjuran ceramah, ziarah ke rumah dan aktiviti ‘walkabout’ antara yang dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, bulan depan. Bagaimanapun, penganjuran ceramah hanya dibenarkan di pejabat dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan tidak melebihi 100 orang, termasuk penganjur, penceramah, urusetia dan peserta. SOP dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pihak penganjur perlu mendapatkan permit daripada polis dan tempoh setiap sesi ceramah hanya dibenarkan selama dua jam sahaja dan tidak melebihi jam 10 malam. “Ceramah premis yang terbuka atau tempat umum tidak dibenarkan,” katanya dalam senarai SOP yang dikeluarkan, hari ini. “Calon dibenarkan berkempen melalui kenderaan yang dipasang deng...

#PRNJohor: Pengerusi SPR harap sekatan dilonggarkan

Image
#PRNJohor: Pengerusi SPR harap sekatan dilonggarkan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154175 ] Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berharap sekatan kempen dilonggarkan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang. Kebimbangan bahawa perhimpunan awam boleh membawa kepada penularan Covid-19 menyaksikan kempen disekat teruk ketika PRN Melaka pada November dan PRN Sarawak pada Disember. Ketika ditanya dalam temu bual bersama RTM mengenai peraturan berkempen pada PRN Johor, yang mesti berlangsung pada atau sebelum 23 Mac, Ghani berkata SOP itu masih dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Kita berada dalam Fasa 4 (pelan pemulihan negara), jadi bagi saya, ada kemungkinan Kementerian Kesihatan dan MKN akan bersetuju dengan saya bahawa perlu ada pelonggaran sekatan,” katanya. “Ia bergantung kepada KKM … tapi kalau boleh longgarkan sedikit sekatan, Alhamdulillah. “Kami difahamkan mereka (parti politik) mahu berkempen, tetapi jika a...

Makan besar Tahun Baru Cina dibenarkan, tiada rumah terbuka

Image
  Makan besar Tahun Baru Cina dibenarkan, tiada rumah terbuka [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153562 ] Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Februari depan boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga pada malam sebelum perayaan. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kebenaran itu bagaimanapun hanya untuk ahli keluarga sahaja tanpa penglibatan orang luar. Menurutnya, pihak kementerian telah membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Tahun Baharu Cina 2022 dalam Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Bilangan 1 Tahun 2022 dan ia telah diluluskan. “Acara Makan Keluarga (Family Reunion Dinner) yang diadakan pada malam sebelum hari pertama perayaan dibenarkan dibuat dalam kalangan ahli keluarga sahaja. “Upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam pada 1 dan 2 Februari (raya pertama dan kedua) juga dibenarkan serta aktiviti Sembahyang Khas Hokkien Clan pada 8 dan 9 Februari 2022 dibenarkan mengikut SOP Pembukaan R...

[Video] ‘Kenduri durian’ itu video lama, sebelum PKP - timbalan speaker - mari kita semak

Image
Dari pemerhatian yang dilakukan oleh netizen terdapat persamaan program penyampaian mock cheque pada tarikh dan baju yang di pakai dengan video yang menjadi tular. Jelas pada mock cheque berkenaan bertarikh 27 June 2021 dan pakaian yang dipakai penerima, timbalan speaker dan salah seorang yang berbaju batik adalah sama seperti didalam video. Sebilangan besar yang terlibat didalam video berkenaan memakai pelitup muka yang diletak bawah dagudan pada wanita bertudung jelas terlihat tali mask dibelakang tudung. Berita dari Mkini mengeni penafian yang dibuat oleh Timbalan Speaker yang mengatakan video berkenaan adalah video tahun lepas sebelum PKP: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini. Sebaliknya, Mohd Rashid ketika dihubungi Malaysiakini berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas. "T...

Sertai majlis sosial, penganjur, penyanyi popular dipanggil polis

Image
Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan. Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlangsung di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, di Tapah baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB) pada jam 2 petang hari ini. Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. “Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka. “Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit, ” katanya dipetik Harian Metro. Wan Azharuddin berkata, jamuan itu dihadiri ahli perniagaan tempatan ...

Disko bawah tanah diserbu, 58 ditahan

Image
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Nasri Mansor berkata, sebahagian besar pengunjung mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari. Seramai 58 pengunjung termasuk 22 wanita tempatan diberkas dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, malam ini. Serbuan dijalankan oleh Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan. Menurut Berita Harian, serbuan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor itu bermula pada jam 9.30 malam. Katanya, berdasarkan siasatan awal, sebahagian besar pengunjung di pusat hiburan itu mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari. Pusat hiburan itu dilaporkan kerap diserbu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu kerana sering beroperasi tanpa kebenaran.