Posts

Showing posts with the label Azmin Ali

Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA

Image
Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA Sumber:  https://pakdin.my/157545 - Beberapa menteri tidak hadir di Dewan Rakyat untuk mengundi semalam, sekali gus menyaksikan satu usul berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal diluluskan. Menteri Kanan, Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa adalah antara anggota Kabinet yang tidak hadir untuk mengundi berdasarkan hansard Parlimen. Usul yang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA selama lima tahun lagi mulai 31 Julai ini ditolak selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang dan 85 lagi menyokong. Baki 49 Ahli Parlimen tidak hadir. Tujuh menteri dan tujuh timbalan menteri antara 49 Ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat semalam. Mereka termasuk Menteri Pengangkutan, Wee K...

PKR pecat 11,000 ahli selepas Langkah Sheraton, kata Saifuddin

Image
PKR pecat 11,000 ahli selepas Langkah Sheraton, kata Saifuddin Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157473 - PKR memecat 11,000 ahlinya yang ada kaitan dengan “Langkah Sheraton” membabitkan kumpulan bekas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali pada Februari 2020 sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan tumbang. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lembaga Disiplin parti terpaksa bekerja lebih keras untuk membersihkan ahli yang bersekongkol dengan kumpulan “khianat” PKR itu. “Saya masih ingat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas Langkah Sheraton panas, kalau mesyuarat tiga jam, dua jam bincang laporan Lembaga Disiplin, tapi sekarang tidak ada lagi. “Kalau dulu beribu laporan Lembaga Disiplin kita terima, merangkumi pelbagai, ada yang diberi surat tunjuk sebab, peluang bela diri dan dibenar membuat rayuan dan sebagainya,” katanya dalam wawancara “Pemilihan PKR 2022: Apa anggota perlu tahu?” malam ini. Sehubungan itu, katanya...