Posts

Showing posts with the label Putatan

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

Image
[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159388/   PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira jam 9 malam. "Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam tadi. Jurucakap JBPM Sabah ketika dihubungi pula berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 9.37 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.38 malam. "Seramai 28 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang serta Kota Kinabalu terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu," katanya. Sementara itu penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) hilang keperluan pengajian termasuk komputer riba dan mesin cetak