Posts

Showing posts with the label Monkey Head

Khasiat cendawan kubis bunga rawat penyakit berkaitan saraf

Image
Khasiat cendawan kubis bunga rawat penyakit berkaitan saraf BACA di: https://pakdin.my/174106/ Perbanding cendawan tiram, shiitake, enoki dan butang, cendawan kubis bunga atau nama saintifiknya Hericium erinaceus mungkin tidak begitu dikenali di negara ini. Turut dipanggil  lion’s mane mushroom dan cendawan kepala monyet, spesies fungus ini adalah organisma asal Amerika Utara, Eropah dan rantau Asia yang beriklim sejuk. Tumbuh di batang pokok yang telah mati atau kayu reput, cendawan ini mendapat nama daripada bentuknya yang seakan kubis bunga dengan rerambut halus di bahagian kepala dan berwarna putih. Jika sebelum ini sukar didapati di pasaran,  teknologi membolehkan cendawan kubis bunga ditanam di negara ini dan semakin ramai yang mula berbuat demikian, khususnya untuk tujuan masakan.  Akan tetapi, penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) mendapati cendawan ini mempunyai pelbagai khasiat yang berpotensi merawat beberapa jenis penyakit, terutama berkaitan sistem saraf