Posts

Showing posts with the label Jeram Mawar

[VIDEO] Tragedi Kepala air: Hanya enam mayat ditemukan setakat ini bukan 9 - Polis

Image
[VIDEO] Tragedi Kepala air: Hanya enam mayat ditemukan setakat ini bukan 9 - Polis CHUKAI  -- Polis mengesahkan hanya empat mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di sini ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, dan bukannya tujuh seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kekeliruan itu timbul susulan masalah komunikasi di lokasi pencarian dengan Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini.  "Untuk makluman, setakat hari ini kita telah jumpa enam mayat dan telah disahkan waris serta keluarga mangsa. Semalam kita jumpa dua, dan hari ini kita jumpa empat, menjadikan baki empat lagi mangsa masih hilang.  "Pasukan pencarian di lokasi berdepan masalah komunikasi apabila alat komunikasi yang digunakan tidak boleh berfungsi dengan baik ekoran keadaan geografi hutan tebal dan berbukit-bukau," katanya pada sidang media di sini, petang ini.  Beliau berkata operasi pada hari ini ju

[VIDEO] Kepala Air: Mayat ketiga dan keempat ditemui pada pukul 11 dan 11.25 pagi hari kedua SAR

Image
[VIDEO] Kepala Air: Mayat ketiga dan keempat ditemui pada pukul 11 dan 11.25 pagi hari kedua SAR KEMAMAN - Operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, dekat sini diteruskan pada 9 pagi ini.  Mayat ketiga dan keempat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih dekat sini berjaya ditemui setakat ini sebentar tadi. Mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dipercayai ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sektor kedua iaitu berhampiran Sungai Teladas di sini pada pukul 11.05 pagi. Seorang lagi mayat kanak-kanak perempuan pula dipercayai dijumpai tidak jauh dari lokasi penemuan Muhammad Haziq Ziqree pada 11.25 pagi. Begitupun, identiti mayat masih belum dikenal pasti sama ada Puteri Aryana Umairah, 4, atau Puteri Nurerina Natasya, 10. Jarak penemuan kedua-dua mayat dengan lokasi kejadian dianggarkan lebih 15 kilometer. Usaha untuk membawa keluar kedua-dua mangsa sedang dilakukan pasukan mencari

[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman

Image
[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166241 Diipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, Kemaman. Mangsa pertama Azizah Eiyi, 40 (ibu) ditemui 24KM dari lokasi kejadian, mangsa kedua Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 (anak) ditemui jarak 2KM. Sembilan mangsa disahkan daripada keluarga yang sama, manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti SAR lapan lagi mangsa yang hilang terpaksa dihentikan lebih awal pada sebelah petang kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang. Akan disambung pagi esok. KEMAMAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, di sini pada Ahad, sementara lapan lagi dikhuatiri masih hilang. Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintenden Ahmad Syukri Yusoff berkata, dua korban pertam