Posts

Showing posts with the label Mutiara Rini

[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi

Image
[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165141 JOHOR BAHRU – Seorang pengasuh sebuah taska yang sebelum ini tular di media sosial kerana mendera dua bayi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bertindak cuai yang menyebabkan kecederaan fizikal mangsa, Mac lalu. Tertuduh, Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh 2 Ogos depan untuk fakta dan penghukuman atas pengakuan bersalah dibuat tertuduh. Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan, didakwa bertindak cuai dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis taska yang beralamat di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini di sini, kira-kira pukul 1

Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di Mutiara Rini

Image
Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di Mutiara Rini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164626 JOHOR BAHRU  -- Seorang wanita tempatan berusia 21 tahun ditahan awal pagi ini untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat Skudai, baru-baru ini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berkenaan ditahan 2 pagi tadi di Selesa Jaya, Skudai, oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Iskandar Puteri. "Semalam, Polis Kontinjen Johor telah mengesan dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi. "Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan," kata beliau dalam kenyataan, hari ini. Selain itu, Kamarul Zaman juga berkata taska beroperasi secara tidak sah. https://youtu.be/Rahm4-DuJFg Bel