Posts

Showing posts with the label Kempen

PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan

Image
PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166208 Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri. “Kita telah menempuh beberapa kali pilihan raya, sepatutnya perkara ini mendewasakan kita.  “Oleh itu, berkempenlah secara matang dan dewasa dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Kalau timbul perbalahan mahupun perpecahan antara masyarakat itu tandanya masih kebudak-budakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Arafah #QuranHour di Masjid Sultan Muhammad II, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff. Moha...

#PRNJohor : Remaja perempuan patah tangan akibat bendera parti terlilit leher

Image
#PRNJohor : Remaja perempuan patah tangan akibat bendera parti terlilit leher Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155933 - PASIR GUDANG: Malang tidak berbau. Begitulah nasib seorang remaja perempuan berusia 17 tahun apabila patah pergelangan kedua tangan dan luka di leher selepas terjatuh dari motosikal akibat bendera parti sepanjang 30 meter di pasang di tepi jalan terlilit di lehernya. Bapa mangsa, Md Shahril Mahmood, 43, berkata, kejadian berlaku pada jam 5.30 petang pada 2 Mac lalu di Kampung Cahaya Baru, di sini. Katanya, ketika kejadian, anak sulung yang dikenali sebagai Najlaa, 17, dalam perjalanan pulang dari kedai ke kediaman keluarga terletak di Taman Kota Masai. Dia berkata, ketika menggunakan laluan di perkampungan itu, bendera panjang yang dipasang di tepi laluan terlilit leher anaknya hingga mengakibatkan dia terjatuh daripada motosikal. "Anak ketika itu menunggang motosikal berseorangan dan bendera parti dipasang di antara dua pokok terkena muka serta terlilit leher...

#PRNJohor: ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 ketika berkempen disana

Image
#PRNJohor: ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 ketika berkempen disana Selanjutnya di:   https://pakdin.my/155717 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli disahkan positif Covid-19 hari ini, ketika berkempen untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor. Katanya, beliau kini berada di Johor membantu calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis. Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor berkata, keputusan itu diperolehi selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Segamat semalam. “Semalam (3 Mac), saya mengalami sakit tekak dan keletihan, walaupun ujian air liur yang dilakukan secara harian menunjukkan keputusan negatif. “Namun, bagi tujuan pengesahan dan rasa tanggungjawab, saya terus menjalani ujian saringan PCR dan kuarantin kendiri,” katanya dalam kenyataan. Katanya, beliau sudah menerima dos penggalak pada 18 Nov lalu. “Saya memohon maaf bagi rakan seperjuangan kerana tidak dapat membantu kempen buat mas...

#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR

Image
#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR [ https://pakdin.my/?p=155026 ] Bagi kempen ziarah ke rumah, hanya lima orang dibenarkan menyertainya dan tidak dibenarkan memasuki atau berjumpa pemilik rumah. Penganjuran ceramah, ziarah ke rumah dan aktiviti ‘walkabout’ antara yang dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, bulan depan. Bagaimanapun, penganjuran ceramah hanya dibenarkan di pejabat dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan tidak melebihi 100 orang, termasuk penganjur, penceramah, urusetia dan peserta. SOP dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pihak penganjur perlu mendapatkan permit daripada polis dan tempoh setiap sesi ceramah hanya dibenarkan selama dua jam sahaja dan tidak melebihi jam 10 malam. “Ceramah premis yang terbuka atau tempat umum tidak dibenarkan,” katanya dalam senarai SOP yang dikeluarkan, hari ini. “Calon dibenarkan berkempen melalui kenderaan yang dipasang deng...