Posts

Showing posts with the label KPDNHEP

[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas

Image
[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158375      SETIU: Kira-kira 200 buah kenderaan terkandas akibat bekalan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana di sini kehabisan pada Jumaat. Menurut pengguna, Azuddin Yusoff, dia memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke pahang sebelum terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang Jumaat. Katanya sehingga jam 11 malam, dia bersama pengguna yang lain masih terkandas selepas kehabisan bekalan bahan api tersebut. "Jadi lebih kurang 200 kereta terkandas di sini. Kami kesal dengan kejadian seperti ini. "Sepatutnya pihak berkuasa atau pihak stesen minyak ambil tindakan, cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. Sementara itu penyelia stesen minyak berkenaan Hafikir Zaki memohon maaf di atas kesulitan yang dialami para pengguna. "Saya minta maaf atas kesesakan yang berlaku, kesusahan yang dialami pelanggan disebabkan...

Didenda RM10,000 guna halal palsu pada buku menu

Image
  Didenda RM10,000 guna halal palsu pada buku menu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154237 ] MELAKA - Pemilik kedai makan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, selepas mengaku bersalah menggunakan perkataan halal tanpa perakuan daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada buku menu. Tertuduh, Joanne To Mei Ting, 30, yang ayu berbaju kurung coklat, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pemilik tunggal Tipsier Bridge Cafe Waronk memperakui bahawa makanan di kafe itu adalah halal dengan ungkapan halal pada lapan buku menu tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa. Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis perniagaan Tipsier Bridge Cafe Waronk di Kampung Pantai di sini, pada 6.30 petang, 5 Mac tahun lalu, mengikut perintah 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 a...