Muhyiddin akur suara parti, akan pertahan jawatan Presiden Bersatu
Muhyiddin akur suara parti, akan pertahan jawatan Presiden Bersatu BACA di: https://pakdin.my/173834 Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya dan akan bertanding pada pemilihan parti dijadualkan tahun depan. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan hasrat yang disuarakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan ahli perwakilan yang meminta beliau untuk terus menerajui parti. “Sebenarnya isteri saya meminta saya untuk kekal menerajui parti untuk satu penggal lagi dan jangan kecewakan mereka. Dia kata teruskan, Bersatu masih perlukan saya, dan saya kata: I will stay for the last term,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di sini hari ini. Semalam, Muhyiddin mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan bagi memberi ruang kepada pemimpin pelapis mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi. Susulan itu, MPT dan...