Posts

Showing posts with the label Kilat

🎦 Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit

Image
🎦 Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168724/ LONDON – Penduduk di Oxfordshire, Britain terkejut selepas melihat ‘bebola api’ misteri muncul di samping bunyi letupan di langit pada malam semalam (waktu tempatan), lapor akhbar The Sun. Menurut polis, letupan berlaku disebabkan kilat menyambar sebuah loji sisa buangan di bandar Yarnton.  Beberapa silinder gas di loji tersebut disambar kilat yang mengakibatkan api dan asap memenuhi langit pada malam semalam. Polis mengesahkan bahawa tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran di loji itu, namun jalan A40 ditutup selepas kejadian. Penduduk tempatan juga diarah kekal berada di dalam rumah selain menutup tingkap dan pintu selepas kejadian tersebut. Polis Thames Valley dalam satu kenyataan berkata: “Pegawai kami berada di lokasi kejadian kebakaran di loji sisa berhampiran Yarnton, Oxfordshire. “Kilat dipercayai menyambar silinder gas di tapak berkenaan semasa cuaca buruk pada petang tadi