Posts

Showing posts with the label Lompat Parti

Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM

Image
Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160690/ Zuraida Kamaruddin mendakwa tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Presiden pengganti PBM itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelima-lima wakil rakyat terbabit. “Ketika ini PBM ada empat Ahli Parlimen iaitu Ampang, Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (Ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM. “Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN, iaitu tiga di Perak dan dua di Selangor. Jadi, akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat parti itu di Taman Daya, Johor Bahru, menurut Utusan Malaysia. Zuraida yang juga menteri perusahaan, perladangan dan komoditi berkata, PBM mempunyai lebih 40,000 ahli daripada 177 bahag

RUU Anti Lompat Parti: Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan soal Zahid

Image
RUU Anti Lompat Parti: Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan soal Zahid Sumber:  https://pakdin.my/158098 .... “Dikatakan juga Kabinet hari ini memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan perundangan ‘Antilompat’ di masa akan datang. “Dengan kata lain, perundangan ‘Antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali. Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” katanya menerusi catatan di Facebook. Tambah Ahmad Zahid, UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas. Malah, katanya, ada juga dalam kalangan BN ketika itu bernada musuh politik UMNO dengan mengharap dapat bekerjasama dengan sekutu mer

RUU: PPBM bantah syarat kosongkan kerusi

Image
RUU: PPBM bantah syarat kosongkan kerusi Sumber:   https://pakdin.my/158094 ... Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara kolektif tidak bersetuju dengan syarat kerusi dikosongkan terhadap mana-mana ahli parlimen yang dipecat kerana melompat parti sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan. Perkara itu antara tiga kriteria lompat parti yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti yang akan dibentang di Dewan Rakyat, Isnin ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber… Seterusnya di: Utusan Digital.

[Video] 32 ahli Bersatu PPBM keluar parti sertai UMNO

Image
  [Video] 32 ahli PPBM Maran keluar parti sertai UMNO [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154516 ] Seramai 32 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Maran mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, pada Rabu. Kumpulan ahli Bersatu diketuai Ketua Srikandi PPBM bahagian itu, Siti Nora Mohamad Noor,43 menyerahkan borang keahlian mereka kepada Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Siti Nora berkata, keputusan mereka keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap hala tuju parti itu. Menurutnya, kelemahan kepimpinan parti sama ada di peringkat bahagian, negeri dan pusat antara faktor mereka memilih untuk meninggalkan Bersatu. "Bukan hanya kami tetapi kira-kira 100 ahli PPBM Bahagian Maran dijangka mengambil langkah sama," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO di Dewan Kediaman Menteri Besar di sini, pada Rabu. Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. Siti Nora ya