Posts

Showing posts with the label Taska
Image
Bayi maut: Polis tahan pengasuh taska warga asing Baca di: https://pakdin.my/168826 Seorang wanita warga asing yang bekerja sebagai pengasuh di sebuah taska di Kota Damansara dekat sini ditahan polis semalam, susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan di premis itu, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan yang merawat mangsa. “Suspek yang bersuamikan seorang lelaki tempatan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya semalam selepas hadir memberi keterangan di sana. “Buat masa ini polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk ibu bapa mangsa dan akan memanggil pemilik taska bagi memastikan sama ada pusat asuhan berkenaan berlesen atau tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (

[VIDEO] Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah

Image
[VIDEO] Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah IPOH: Dua guru taska didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas tiga pertuduhan mendera kanak-kanak dalam jagaan mereka di sebuah taska di Meru, awal bulan ini. Noor Shafina Abdul Khair, 26, dan Wan Suhaila Mior Khir, 32, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Noor Shafina didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan cara menindan badan mangsa, menampar pahanya dengan kuat, menarik rambut serta menampar pipi mangsa pada 6 Julai lepas di taska tersebut. Dia turut didakwa menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan memukul belakang badan dan mencubit pipi mangsa. Timbalan Pendakwa Raya Qurratu'aini Khalifah tidak menawarkan jaminan namun peguam Mohammad Syarifuddin Zaid memohon jaminan munasabah atas alasan anak guamnya akan memberi kerjasama penuh dalam kes itu. Hakim Ain

[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi

Image
[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165141 JOHOR BAHRU – Seorang pengasuh sebuah taska yang sebelum ini tular di media sosial kerana mendera dua bayi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bertindak cuai yang menyebabkan kecederaan fizikal mangsa, Mac lalu. Tertuduh, Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh 2 Ogos depan untuk fakta dan penghukuman atas pengakuan bersalah dibuat tertuduh. Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan, didakwa bertindak cuai dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis taska yang beralamat di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini di sini, kira-kira pukul 1

Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di Mutiara Rini

Image
Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di Mutiara Rini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164626 JOHOR BAHRU  -- Seorang wanita tempatan berusia 21 tahun ditahan awal pagi ini untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat Skudai, baru-baru ini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berkenaan ditahan 2 pagi tadi di Selesa Jaya, Skudai, oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Iskandar Puteri. "Semalam, Polis Kontinjen Johor telah mengesan dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi. "Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan," kata beliau dalam kenyataan, hari ini. Selain itu, Kamarul Zaman juga berkata taska beroperasi secara tidak sah. https://youtu.be/Rahm4-DuJFg Bel

[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska

Image
[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160921/ Angka kematian mangsa yang terkorban dalam kejadian serangan di sebuah taska di timur laut Thailand meningkat kepada 37 orang, sekali gus mencatat sejarah sebagai tragedi pembunuhan kanak-kanak secara beramai-ramai terburuk di dunia. Dalam kejadian tragis yang menyayat hati itu, 24 daripada mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak taska berkenaan dari dua hingga lima tahun yang ketika kejadian sedang lena tidur. Kesemua mangsa dibunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau dalam kejadian pada Khamis (6 Okt), sebelum suspek kemudian pulang ke rumahnya lalu membunuh isteri dan anaknya, dan akhirnya membunuh diri, lapor Wionews.  Kolonel polis, Jakkapat Vijitraithaya dalam kenyataannya berkata, suspek dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, bekas seorang leftenan kolonel polis yang telah dipecat pada tahun lalu sabit kesalahan mengambil dadah. Saks