Posts

Showing posts with the label Mercun

[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat

Image
[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163582 Sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian didakwa di Chow Kit, Kuala Lumpur. Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam di situ. Menerusi video tersebut, gerai berpayung menjual bunga api dan mercun itu berdekatan dengan gerai menjual pakaian serta pasar raya. Kelihatan orang ramai melarikan diri daripada terkena percikan mercun selain terdapat seorang individu bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. Bagaimanapun, tidak diketahui punca, masa kejadian tersebut serta kerugian dialami penjual bunga api dan mercun itu memandangkan tiada maklumat lanjut berkenaan kebakaran. Sementara itu pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian sebuah gerai yang menj...

[VIDEO] Kastam Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM35,000

Image
[VIDEO] Kastam Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM35,000 BACA seterusnya di https://pakdin.my/16168 PASIR MAS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 2,159 kilogram (kg) yang disyaki diseludup dari negara jiran di Kampung Padang Pakt Amat, Pasir Puteh, 9 Disember 2023. Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata bertindak atas maklumat awam dan pemantauan rapi, pasukan operasi daripada Bahagian Penguatkuasaan Rantau Panjang menahan sebuah lori muatan tiga tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam serbuan jam 9.50 malam itu. Bagaimanapun, katanya, pemandu lori dan kenderaan pacuan empat roda itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Katanya, rampasan mercun dan bunga api bernilai RM35,631.75 itu dipercayai untuk dihantar ke Lembah Klang untuk sempena sambutan Tahun Baharu Cina. “Siasatan masih terus dijalankan bagi mengesan pemilik lori dan pacuan empat roda yang telah diram...

[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup

Image
[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158348     JERTEH – Polis merampas mercun seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah van di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi di Hulu Besut, di sini pada jam 11.15 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu van itu dikejar oleh enam kereta peronda polis (MPV) sejauh 70 kilometer (km) dari Pasir Mas, Kelantan sebelum polis berjaya menahan seorang suspek pada jam 11.15 pagi, namun seorang lagi suspek telah meloloskan diri. Beliau berkata, kejadian bermula apabila anggota polis dari cawangan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas yang melakukan tugas ronda cegah jenayah melihat sebuah van berwarna putih yang mencurigakan, lalu pemandunya diarahkan berhenti untuk pemeriksan. "Suspek sebaliknya bertindak memecut kenderaannya ke arah Tanah Merah melalui Machang dan Pasir Putih, Kelantan sebelum me...

[Video] Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar, tiga cedera ringan

Image
[Video] Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar, tiga cedera ringan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158303   - KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembersihan cedera ringan dalam satu kebakaran yang mengakibatkan letupan kuat sehingga menggegarkan kawasan Sentul, petang tadi. Kejadian kira-kira jam 6.30 itu berpunca dari stor simpanan bunga api yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di Jalan Perhentian, di sini hari ini. Ia turut tular di media sosial apabila gambar kepulan asap berbentuk cendawan dimuat naik oleh warganet. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian dan berkata, tiga yang cedera hanya mengalami sedikit kecederaan. Katanya, mereka cedera ketika menjalankan kerja-kerja membersihkan tapak pelupusan mercun dan bunga api di stor berkenaan. "Tiga lelaki yang berasal dari Sabah ini diupah bagi membersihkan kawasan pelupusan rampasan mercun dan bunga api yang dilakukan kami pada jam 3 petang tadi. "Ketika membersihkan kawas...