Posts

Showing posts with the label Azlan Man

[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta

Image
[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163420 Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta. Azlan, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. "Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," kata Azlan. Mengikut kelima-lima pertuduhan, Azlan didakwa telah menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM1,059,675.25 daripada Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Aidil Travel Tours Sdn Bhd dan Abdul Rahim Halim yang mewakili syarikat Aidil Travel. Kesemua wang itu diterima tertuduh melalui tiga keping cek Maybank dan sekeping cek CIMB yang dibayar ke dalam akaun Maybank dan CIMB milik tertuduh serta secara tunai daripada Abdul Rahim. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank ca