Posts

Showing posts with the label Bera

Ely, Bera disahkan bunting

Image
Ely, Bera disahkan bunting https://huluselangor.com/?p=767389 HULU SELANGOR - Pusat Konservasi Hidupan Liar (PHKL) Sungai Dusun, Kuala Kubu Baru menerima khabar gembira apabila dua tapir Malaya bernama Ely dan Bera disahkan bunting pada Jumaat. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerusi pasukan Wildlife Reproductive Biotechnology (WRB) dan kakitangan PKHL melakukan pemeriksaan terhadap tiga tapir betina. Menurutnya, hasil pemeriksaan menerusi imbasan X mendapati dua daripadanya yang diberi nama Ely dan Bera disahkan bunting. "Ia dianggap berita gembira bukan saja kepada kami, malah rakyat Malaysia kerana tapir Malaya kian pupus dan merupakan spesies dilindungi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Kenyataan itu memberitahu, tempoh bunting tapir antara 390 hingga 400 hari atau 13 bulan. "Ely dianggarkan melahirkan anak pada pertengahan Februari tahun depan manakala Bera pada Julai tahun sama. "Ka

[VIDEO] 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah dijilat api

Image
[VIDEO] 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah dijilat api BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163972 BERA – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Taman Kerayong Makmur, di sini musnah dalam kejadian kebakaran hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Suhairul Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan. Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.10 tengah hari dan seramai 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian. “Apabila tiba di lokasi, benar berlaku kebakaran dan dipercayai api bermula daripada bahagian dapur. “Kemusnahan melibatkan 100 peratus dan tidak membabitkan mangsa,”katanya di sini hari ini. https://youtu.be/nStYHxQa0vM Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 35 minit dan pemantauan masih dilakukan. Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Image
[VIDEO] Mayat remaja lemas ditemukan di Pulau Kening dengan bantuan Unit K9 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161856 BERA – Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor, di sini kelmarin berjaya ditemukan pasukan bomba, hari ini 16 Januari 2023. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memberitahu mayat mangsa dijumpai oleh Unit K9 dan pasukan Bomba dan Penyelamat Triang pada pukul 10.44 pagi pada jarak 900 meter dari lokasi kejadian di Pulau Kening. “Pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), kami telah menggunakan khidmat daripada Unit K9, dan mangsa, Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi ditemukan tersangkut pada kayu di kawasan sungai oleh anjing pengesan,” katanya. Ismail berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan susulan. Dalam pada itu, Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari k

Isteri ketua kampung dibunuh di Bera

Image
Isteri ketua kampung dibunuh di Bera Selanjutnya:  https://pakdin.my/159520 / Suspek dipercayai telah masuk ke dalam rumah kira-kira jam 7.30 pagi melalui pintu belakang rumah. Mangsa dipercayai telah dijerut dengan kabel pengecas telefon dan turut mencederakan suami mangsa. suspek dipercayai telah melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 bersama kereta jenis Honda City. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan BERA - Seorang wanita maut dipercayai telah dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan (DSP), N.Kumaran berkata, mangsa berusia 52 tahun yang juga isteri ketua kampung tersebut dipercayai telah dijerut dengan kabel pengecas telefon. Menurut beliau, mangsa ditemui meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suami mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pengsan akibat dipukul. "Pihak polis menerima maklumat pada jam 10.45 pagi iaitu seorang wanita telah maut dipercayai dib