Posts

Showing posts with the label Orang Asli

PERHILITAN siasat kehadiran Harimau di Kampung Orang Asli Serendah

Image
PERHILITAN siasat kehadiran Harimau di Kampung Orang Asli Serendah BACA seterusnya di: pakdin.my/167020   HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor akan menjalankan siasatan berhubung aduan yang mendakwa kehadiran seekor harimau belang dewasa berkeliaran di kawasan jalan Kampung Orang Asli Serendah, di sini, kelmarin. Pengarah PERHILITAN Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu jam 3.30 petang. "Kami masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan kehadiran hidupan liar itu memandangkan tiada rekod dilaporkan sebelum ini," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ketika ditanya jantina harimau belang itu, Choon Yung memaklumkan pihaknya belum mempunyai maklumat dan akan mengemas kini dari semasa ke semasa. "Kami menasihatkan penduduk kampung terus melaporkan kepada PERHILITAN Selangor sekiranya mengesan kehadiran haiwan itu," katanya. Terdahulu, tular di laman sosial gambar memapark

Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua

Image
Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164088 GUA MUSANG, -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki Orang Asli Bateq yang dilaporkan hilang dikhuatiri diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring, Kampung Aring 5, di sini, diteruskan pada hari kedua hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang DSP Azmi Mokhtar berkata kumpulan 14 anggota penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa bermalam di dalam hutan malam tadi. Beliau berkata kumpulan penyelamat berkenaan meneruskan perjalanan pagi ini dan belum tiba di tempat kejadian yang berjarak sembilan kilometer (km) dari Kampung Aring 5. “Seawal 8 pagi hari ini mereka sudah bergerak ke tempat kejadian dan sudah sampai sejauh jarak lima kilometer. Agak sukar menganggarkan masa yang tepat untuk sampai ke lokasi memandangkan kawasan berbuki

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Image
Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815 Persepsi buruk terhadap Islam membuatkan seorang wanita Orang Asli keturunan Temiar ingin mengetahui kebenaran perkara tersebut dengan menonton ceramah-ceramah mengenai Islam di media sosial. Bagaimanapun, selepas menonton beberapa ceramah daripada penceramah bebas, hati Siti Hawa, 19, kata-kata indah penceramah berkenaan mengenai Islam menjentik pintu hatinya. "Saya tidak kenal mereka tetapi setiap kali muncul di media sosial, saya akan melihat dan menghayatinya," katanya ketika ditemui di Pondok Pengajian Islam (PPI) di Kok Lanas di sini pada Jumaat. PPI menempatkan anak-anak Orang Asli yang mendalami ilmu asas agama Islam. Siti Hawa berkata, kini antara pendakwah bebas yang diminatinya ialah Ebit Lew dan Prof Dr Abdul Somad Batubara. Menurut Siti Hawa, niatnya untuk memeluk Islam semakin kuat apabila dia bermimpi dibelit dan dipatuk ular besar. Tidak puas hati dengan mimpi yang

[VIDEO] 2 Orang Asli maut, motosikal bertembung kereta sekolah memandu

Image
[VIDEO] 2 Orang Asli maut, motosikal bertembung kereta sekolah memandu BACA seterusnya di https://pakdin.my/161428 Hulu Selangor: Dua lelaki Orang Asli maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan kereta milik sebuah sekolah memandu di Kilometer 18 Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini, hari ini 1 Januari 2023. Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 34 dan 35 tahun maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata, kemalangan membabitkan motosikal Yamaha 135 LC dan kereta Perodua Axia. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Batang Kali. "Setibanya di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun. Setibanya di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun BA

Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

Image
Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160581/ KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, di sini pada Isnin. Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan. "Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Berita sebelum: Mayat remaja perempuan Orang Asli ditemukan, disyaki mangsa bunuh Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin

[Video] Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut atas pokok balak

Image
[Video] Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut atas pokok balak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158280 ... HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu. Mangsa, Mohammad Farhad Khalid, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditemukan tersangkut di pokok balak pada ketinggian 12 meter (m) di tepi cerun bukit. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata terdahulu mangsa yang dijumpai kira-kira jam 4.50 petang didapati patah kaki dan mengalami pendarahan. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 petang, sebelum sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi. "Menurut laporan awal, akses ke pokok balak itu melalui trek 'hiking' sejauh 100m dari tapak 'take off' B

Remaja orang asli maut motosikal dirempuh bas

Image
  Remaja orang asli maut motosikal dirempuh bas [LINK:  https://pakdin.my/?p=153511 ] LIPIS- Seorang remaja orang asli maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 10, Jalan Sungai Koyan-Raub di sini pada petang Ahad. Dalam kemalangan kira-kira jam 3.25 petang itu, penunggang motosikal, Myhkel Ali, 18, dari Pos Sinderut di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng, John Kamarudin, 11, cedera pada kaki dan tangan. Pemandu bas berusia 36 tahun dan pemandu kedua, 27 tahun bersama 17 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur manakala mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Pos Sinderut dari Sungai Koyan di sini. "Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu bas dipercayai gagal mengelak dan terlang